• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

oleh Mohd Arshad
26/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ
Share on FacebookShare on Twitter

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

OLEH MYNEWSHUB 

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail menzahirkan kebimbangan terhadap potensi kesesakan lalu lintas apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru–Singapura mula beroperasi kelak.

Menerusi kenyataan yang dikongsi di akaun Instagram rasmi @theroyaljohor, baginda berkata sehingga kini belum wujud penyelesaian menyeluruh bagi menampung peningkatan jumlah trafik di kawasan terlibat, khususnya sekitar Bukit Chagar.

“Tiada penyelesaian menyeluruh disediakan bagi menampung peningkatan jumlah trafik — termasuk pelaksanaan sistem ART bertingkat (elevated ART) atau alternatif pengangkutan lain,” titah baginda.

Baginda turut mempersoalkan kenyataan Kerajaan Persekutuan yang memaklumkan tiada peruntukan mencukupi untuk membiayai kos penyelenggaraan sekiranya penyelesaian bertingkat dilaksanakan, sedangkan Pulau Pinang mampu memperoleh projek LRT yang jauh lebih mahal berbanding sistem ART.

Dalam masa sama, TMJ berkata baginda memantau rapat beberapa projek kesihatan utama di Johor yang mengalami kelewatan, termasuk Hospital Pasir Gudang, isu berbangkit di Hospital Sultanah Aminah (HSA) serta projek Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2).

Baginda berharap isu-isu tersebut dapat diselesaikan segera demi kepentingan rakyat negeri itu.

“Saya berharap agar masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan Johor tidak lagi seolah-olah diketepikan,” titah baginda.

Kenyataan tersebut mencetuskan perbincangan ramai, khususnya berhubung keperluan penyelesaian jangka panjang bagi infrastruktur pengangkutan dan kemudahan kesihatan di Johor.

Tags: JohorTMJ
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Tunku Ismail Mahu Sasaran Sifar Miskin Di Johor Segera Dilaksanakan

Tunku Ismail Mahu Sasaran Sifar Miskin Di Johor Segera Dilaksanakan

07/11/2025
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan supaya usaha ke arah mencapai sasaran sifar ketua isi rumah...

‘Aneh FIFA Layan Aduan Daripada Individu Luar’ – TMJ

‘Aneh FIFA Layan Aduan Daripada Individu Luar’ – TMJ

26/10/2025
0

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyifatkan agak aneh tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang melayan aduan berhubung isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd