• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Video Tular Didakwa Aibkan Anggota URB

oleh Mohd Arshad
10/11/2025
dalam Terkini
0
Polis Siasat Video Tular Didakwa Aibkan Anggota URB
Share on FacebookShare on Twitter

Subang Jaya: Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan beberapa video tular di media sosial yang didakwa mengaibkan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ketika menjalankan tugas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya sudah membuka satu kertas siasatan berhubung penularan video berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati rakaman tersebut dibuat semasa pemeriksaan dijalankan terhadap sebuah kenderaan.

“Pemeriksaan dijalankan dengan tertib mengikut peraturan yang ditetapkan dan semua individu yang terlibat dilepaskan.

“Siasatan turut mendapati terdapat video lain yang memaparkan ulasan semula kejadian dengan membuat tuduhan yang mengaibkan terhadap anggota polis berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Dalam pada itu, Wan Azlan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan, tuduhan atau ulasan melulu yang boleh menjejaskan imej pasukan keselamatan serta menimbulkan kekeliruan awam.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat palsu atau berunsur fitnah terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah IPD Subang Jaya di talian 03-78627100 atau mana-mana balai polis berhampiran. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: polisURBvideo
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd