• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Na’imah Dibenarkan Jadi Pencelah Permohonan SPRM Halang Urus Aset Luar Negara

oleh Mohd Arshad
13/11/2025
dalam Terkini
0
Na’imah Dibenarkan Jadi Pencelah Permohonan SPRM Halang Urus Aset Luar Negara
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, hari ini dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi untuk menjadi pencelah dalam permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aset luar negaranya bernilai lebih RM1.1 bilion.

Aset luar pesisir itu membabitkan empat syarikat di Jersey, iaitu sebuah wilayah naungan Mahkota British, dengan nilai berjumlah AS$157.5 juta (kira-kira RM667 juta) dan 85 juta pound sterling (RM490.7 juta).

Pada prosiding hari ini, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, membenarkan permohonan Na’imah selepas mendapati beliau ada kepentingan untuk dinamakan sebagai defendan kerana permohonan SPRM membabitkan harta dan milikannya.

Sebelum ini, SPRM memfailkan permohonan itu secara sebelah pihak (ex parte) bagi menghalang Na’imah atau mana-mana pihak berkaitan, daripada menguruskan aset itu yang didakwa diperoleh di Malaysia dan tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Na’imah memohon menjadi pencelah mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Muhammad Jamil dalam keputusannya berkata, permohonan SPRM mengikut Seksyen 53 AMLATFPUAA itu tidak boleh difailkan secara ex parte tanpa menamakan pihak yang terkesan, kerana ia akan memberi kesan langsung kepada hak milik seseorang.

Selaras prinsip keadilan asasi, katanya, pemohon (Na’imah) wajar diberikan peluang untuk didengar sebelum mahkamah membuat apa-apa keputusan terhadapnya.

Katanya, ia adalah kerana permohonan yang difailkan itu menyentuh berkenaan harta dan milikan pemohon, justeru beliau sepatutnya dinamakan sebagai responden.

“Pemohon telah menunjukkan kepentingan jelas dalam permohonan ini dan berdasarkan pertimbangan undang-undang, beliau mempunyai hak untuk mencelah dan didengar.

“Oleh itu, permohonannya sebagai pencelah adalah dibenarkan,” katanya.

Hakim itu kemudian menetapkan tarikh 12 Januari tahun depan untuk sebutan kes.

Na’imah diwakili peguam, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar dan Abraham Au Tian Hui, manakala Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, bertindak bagi pihak pendakwaan.

SPRM selaku pendakwa raya memfailkan permohonan ex parte pada 25 Jun lalu untuk menghalang Na’imah atau mana-mana pihak berkaitan dengannya, daripada menguruskan aset luar pesisir berkenaan.

Agensi itu mendakwa aset berkenaan diperoleh Na’imah atau individu yang mempunyai kaitan dengan beliau, di Malaysia dan tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 53 AMLATFPUAA 2001 susulan siasatan mengikut Seksyen 113 Akta Cukai Pendapatan dan Seksyen 4(1) AMLATFPUAA.

Ini adalah permohonan ketiga difailkan pendakwaan selepas dua permohonan terdahulu membabitkan aset di United Kingdom dan Singapura.

Pada 22 Mei lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dilaporkan berkata lapan kertas siasatan dibuka berdasarkan maklumat baharu daripada agensi luar negara berhubung aset milik Allahyarham Daim, keluarganya dan proksi.

Azam dipetik mendakwa bahawa maklumat terkini menunjukkan aset terbabit tidak diisytiharkan ketika siasatan SPRM pada 2023.

-Berita Harian

Tags: aset luar negaraNa’imahPencelahSPRMTun Daim
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd