• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Mayat Mungkin Hanyut Ke Laut Jika Tak Tersekat Di Perangkap Sampah’ – Ketua Polis Dang Wangi

oleh Mohd Arshad
21/11/2025
dalam Terkini
0
‘Mayat Mungkin Hanyut Ke Laut Jika Tak Tersekat Di Perangkap Sampah’ – Ketua Polis Dang Wangi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang, di sini, Isnin lalu ditemukan tersangkut pada perangkap sampah Sungai Kandis di Klang, kira-kira 65 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata mayat mungkin hanyut lebih jauh termasuk sehingga pelabuhan Klang atau laut sekiranya tidak tersangkut pada perangkap sampah.

Beliau berkata, ia mengambil kira arus yang terlalu deras dalam kejadian kepala air tempoh hari, yang menyebabkan mangsa dihanyutkan jauh.

“Mujur mayat tersangkut di perangkap sampah Kampung Sungai Kandis yang jaraknya 36km dari Kampung Tengah… jika tidak, mangsa mungkin hanyut sehingga Pelabuhan Klang atau ke laut,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang sedang melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang dikhuatiri lemas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma, kira-kira 5.40 petang, Isnin lalu.

Ketika kejadian terdapat 13 pekerja sedang bertugas di lokasi berkenaan, namun 12 daripada mereka diselamatkan terdiri tujuh warga Indonesia, Bangladesh (empat) dan seorang rakyat tempatan.

Mengulas lanjut, Sazalee berkata mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10.30 pagi tadi dalam keadaan membengkak serta membusuk, sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

“Pengecaman identiti dibuat berdasarkan tatu bertulis ‘Suresh’ di lengan kanan serta pengecaman fizikal oleh ahli keluarga,” katanya.

Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini, katanya kawasan pencarian dibahagikan mengikut peringkat di mana hari pertama pencarian meliputi jarak 20km, hari kedua 26km dan seterusnya pada semalam dan hari ini diperluaskan lagi kepada kira-kira 36km bermula dari Kampung Tengah di Puchong.

Beliau berkata, operasi turut berdepan cabaran disebabkan arus deras dan keadaan tebing sungai yang dipenuhi rumput panjang sehingga menyukarkan pencarian.

“Sebuah bot marin pasukan SAR turut terbalik semalam akibat arus deras, namun ketiga-tiga anggota dalam bot itu selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Sepanjang operasi, semua petugas selamat dan tiada insiden tidak diingini berlaku selain bot yang terbalik akibat arus deras, semalam,” katanya.

-Berita Harian

Tags: HanyutMayatpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd