• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Mangsa Dihanyut Arus Sejauh 65 KM

oleh Mohd Arshad
21/11/2025
dalam Terkini
0
Mayat Mangsa Dihanyut Arus Sejauh 65 KM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mayat mangsa yang dihanyutkan arus deras Sungai Klang berhampiran Jambatan Saloma di sini ditemui dalam jarak 65 kilometer (km) dari lokasi kejadian pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, mayat lelaki tempatan dikenali K Suresh, 37 itu dijumpai di kawasan perangkap sampah Kampung Sungai Kandis di Shah Alam pada jam 10.30 pagi.

Menurutnya, mayat disahkan sebagai mangsa kes terbabit berdasarkan pengesahan tatu di tangan kanan yang tertulis namanya selain daripada pengecaman secara fizikal oleh ahli keluarga mangsa.

“Operasi di hari kelima melibatkan kekuatan 200 keanggotaan pasukan penyelamat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Operasi pencarian juga telah menggunakan unit dron dan unit anjing pengesan (K9) bomba.

“Kawasan pencarian telah dibahagikan mengikut tahap di mana hari pertama kita pergi sejauh 22 km dan pada hari yang kedua kita telah pergi sejauh 26 km dan seterusnya pada hari semalam (Khamis) serta hari ni diluaskan sejauh 36 kilometer,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, mayat ditemui dalam keadaan yang masih sempurna, namun ada kesan koyakan pada baju.

Tambahnya, mayat berkemungkinan boleh dihanyutkan lebih jauh sehingga ke Pelabuhan Klang sekiranya tidak tersangkut di kawasan perangkap sampah.

Katanya lagi, mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan dijangka akan diserah kepada pihak keluarga pada Sabtu.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini telah ditutup sepenuhnya pada jam 3 petang,” ujarnya.

Menurut beliau, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, Isnin, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan melalui talian balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa berhubung satu kejadian banjir yang melibatkan mangsa.

Susulan panggilan tersebut, satu jentera bersama anggota dari BBP Titiwangsa dan balai bantuan dari BBP Jalan Hang Tuah telah diarahkan ke lokasi kejadian.

Setibanya pasukan di lokasi, didapati 12 mangsa terperangkap di bawah jambatan.

Pasukan operasi telah menjalankan penyelamatan menggunakan tali di mana 11 mangsa terdiri daripada seorang warga Malaysia dan 10 warga asing berjaya diselamatkan, manakala seorang mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 34 tahun dilaporkan hilang.

Mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras ketika cuba mengalihkan kenderaan yang diletakkan di bawah jambatan sejurus menyedari kehadiran kepala air.

-Sinar Harian

Tags: HanyutMayat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd