• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia–Rusia Perkukuh Kerjasama Strategik Dalam Pendidikan Tinggi, Sains Dan Teknologi

oleh Damu
12/11/2025
dalam Advertorial
0
Malaysia–Rusia Perkukuh Kerjasama Strategik Dalam Pendidikan Tinggi, Sains Dan Teknologi
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia dan Rusia terus memperkukuh hubungan dua hala melalui penganjuran Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia–Rusia bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Budaya (JC-ESTC) kali ke-4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), Kedah pada 10 dan 11 November 2025.

Mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir serta Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Persekutuan Rusia, Valery Falkov menghimpunkan lebih 130 delegasi daripada kedua-dua negara bagi membincangkan pelbagai agenda strategik merangkumi bidang pendidikan tinggi, sains, teknologi, ekonomi, pelancongan dan budaya.

Zambry berkata, mesyuarat kali ini mencatatkan kemajuan bermakna dengan tumpuan terhadap usaha memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor.

“Malaysia amat menghargai komitmen dan keterlibatan konstruktif delegasi Rusia dalam memperkukuh hubungan strategik yang berteraskan persahabatan dan saling menghormati antara kedua-dua negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau turut menambah bahawa perbincangan kali ini menunjukkan kematangan hubungan kedua-dua negara dalam mencari hasil yang benar-benar memberi impak kepada rakyat.

“Keutamaan kita bukan sekadar menandatangani memorandum baharu, tetapi memastikan setiap perjanjian yang ada diterjemah kepada hasil nyata untuk manfaat rakyat kedua-dua negara,” ujarnya.

Zambry juga memaklumkan bahawa kedua-dua negara telah mencapai kata sepakat untuk mempercepatkan usaha ke arah penghapusan sebahagian keperluan visa, bagi mempertingkatkan pergerakan rakyat antara Malaysia dan Rusia selain menumpukan kepada penyambungan semula penerbangan terus antara kedua-dua negara.

“Kita berharap Langkawi turut menerima manfaat daripada hubungan lebih erat ini, baik dalam pelancongan, mobiliti perniagaan mahupun peluang ekonomi baharu,” ujar beliau.

Selain itu, dalam kenyataan sama, Malaysia dan Rusia turut bersetuju untuk meneroka peluang baharu dalam sektor aerangkasa, industri halal, pembinaan kapal, dan pembangunan industri hijau yang mencerminkan usaha mempelbagaikan bentuk kerjasama ekonomi sejajar dengan perubahan global.

Dalam bidang tenaga dan kerjasama nuklear baharu, kedua-dua negara menegaskan komitmen terhadap keselamatan tenaga jangka panjang.

Malah, Rusia menyatakan kesediaan untuk membekalkan Gas Asli Cecair (LNG) dan Gas Petroleum Cecair (LPG) kepada Malaysia secara berterusan, manakala kedua-dua pihak turut berusaha memuktamadkan perjanjian penggunaan tenaga nuklear secara aman menjelang suku pertama tahun 2026.

Bagi sektor pendidikan tinggi, Rusia menawarkan 40 biasiswa tahunan kepada pelajar Malaysia bagi memperkukuh mobiliti akademik serta hubungan rakyat dengan rakyat.

Pada masa sama, universiti dan pusat penyelidikan Malaysia juga dijangka menjalinkan kerjasama dalam bidang teknologi maklumat, kecerdasan buatan (AI), sains data, dan pengaturcaraan, selaras dengan agenda transformasi digital negara.

Sementara itu, Falkov menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas sambutan mesra dan penganjuran mesyuarat yang berkesan.

Beliau memaklumkan bahawa perdagangan dua hala antara Rusia dan Malaysia mencatat peningkatan 32 peratus sejak awal tahun 2025, disokong oleh pertumbuhan kukuh pelancongan dengan peningkatan 76 peratus kemasukan pelancong Rusia ke Malaysia dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

“Kami amat menghargai kejayaan penganjuran Russian–Malaysian Higher Education Forum yang pertama. Ia menjadi platform penting untuk interaksi terus antara universiti kedua-dua negara serta memeterai pelbagai perjanjian dan kontrak yang akan dilaksanakan,” kata Falkov.

Mesyuarat JC-ESTC kali ini turut disertai tiga acara sampingan utama iaitu Persidangan Meja Bulat Sains Malaysia–Rusia, Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Dialog Mineral dan Forum Pendidikan Tinggi Malaysia–Rusia 2025.

Mesyuarat ini menandakan kesinambungan momentum positif hasil lawatan peringkat tertinggi oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia tahun ini.

Antara hasil utama yang dicapai termasuk pemuktamadan Minit Persetujuan, pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) antara institusi pendidikan tinggi Malaysia dan Rusia serta komitmen untuk mengadakan Mesyuarat JC-ESTC ke-5 di Rusia pada tahun hadapan.

Kerjasama yang terjalin diyakini akan terus diterokai secara lebih mendalam dalam pelbagai bidang baharu termasuk tenaga hijau, bandar pintar dan nanoteknologi, sekali gus memperkukuh hubungan strategik Malaysia–Rusia ke arah masa depan lebih mapan dan berdaya saing.

Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Tegur Video Tahun Baru Cina Pelabuhan Klang, Persoal Unsur “God Of Wealth”

Firdaus Wong Tegur Video Tahun Baru Cina Pelabuhan Klang, Persoal Unsur “God Of Wealth”

14/02/2026
0

KLANG – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, menegur penyertaan individu Muslim dalam sebuah video sambutan Tahun Baru Cina melibatkan...

Suatu Malam Yang Sejuk….

Suatu Malam Yang Sejuk….

14/02/2026
0

Pada jam 2:28 pagi, di sebuah jalan berais di Manitoba, Kanada....kamera pengawasan merakam satu adegan seperti dalam filem… tetapi ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd