• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LRT3 Dijangka Mula Operasi 31 Dis – Loke

oleh Mohd Arshad
17/11/2025
dalam Terkini
0
LRT3 Dijangka Mula Operasi 31 Dis – Loke
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekitarnya dijangka mula beroperasi pada 31 Dis ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata projek itu kini dalam fasa akhir ujian dan pentauliahan untuk menjamin keandalan dan keselamatan pengangkutan berkenaan.

“Kementerian bersama Prasarana Malaysia Berhad dan pihak berkuasa berkaitan sedang memberikan keutamaan penuh kepada aspek keselamatan, kebolehpercayaan operasi dan pematuhan teknikal, sebelum tarikh pembukaan dapat disahkan secara muktamad.

“Hal ini (tarikh pembukaan) sangat tertakluk kepada hasil ujian kita kerana dalam perkhidmatan rel, satu daripada perkara yang sangat penting adalah ujian terakhir yang dilaksanakan termasuk fault-free run (FFR) untuk memastikan apabila dibuka nanti, tidak berlaku apa-apa gangguan teknikal dan sebagainya,” katanya.

Loke berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata sebagai persediaan pengoperasian LRT3, Rapid Rail Sdn Bhd sehingga kini telah melantik 956 pekerja merangkumi pelbagai kategori petugas termasuk pasukan operasi, teknikal, kejuruteraan dan sokongan.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM 6,767,918,800 bagi kementerian itu dalam Belanjawan 2026, dengan lebih suara bersetuju.

Persidangan bersambung esok.

-Harian Metro

Tags: LRT3
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

LRT3 Dijangka Operasi 18 Bulan Lagi

LRT3 Dijangka Operasi 18 Bulan Lagi

04/07/2023
0

KLANG : Projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang bermula di Bandar Utama dan berakhir di Johan Setia, di...

Sebahagian Kerangka Besi Projek Pembinaan LRT3 Runtuh

17/06/2020
0

KLANG - Sebahagian kerangka besi yang dipasang bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Jalan Meru di sini runtuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd