• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Termasuk Dua Bekas Pengikut Ayah Pin Himpun Depan Istana Positif Dadah

oleh Mohd Arshad
15/11/2025
dalam Jenayah
0
Lima Termasuk Dua Bekas Pengikut Ayah Pin Himpun Depan Istana Positif Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Dua individu dipercayai bekas pengikut ajaran sesat Ayah Pin bersama 11 lagi terbabit dalam perhimpunan di hadapan Istana Negeri, Kubang Kerian disambung reman selama dua hari lagi di Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu.

Perintah sambung reman terhadap semua suspek berusia antara 26 hingga 67 tahun itu dibuat di hadapan Majistret Amin Rashidi Ramli.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, perintah reman tersebut turut melibatkan tiga individu Orang Asli yang dipercayai berada bersama kumpulan terbabit.

“Mereka sebelum ini direman selama empat hari sehingga Sabtu.

“Reman disambung lagi pada Ahad dan Isnin bagi meneruskan siasatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa semua suspek ditahan pada jam 11.40 pagi, Selasa lalu.

Ujian saringan awal urin mendapati lima suspek positif dadah termasuk dua bekas pengikut ajaran sesat Ayah Pin.

Kumpulan itu dipercayai membawa parang, pedang dan tombak yang didakwa mahu diserahkan kepada “Sultan Muhammad Keenam”, sekali gus tidak menolak kemungkinan wujud unsur ajaran sesat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan tidak sah, serta Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 berhubung penemuan senjata tajam yang dibawa kumpulan tersebut.

-Sinar Harian

Tags: Ayah Pinpositif dadah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Polis Sahkan Suspek Kes Tetak Di Tumpat Positif Dadah, Direman 7 Hari

Polis Sahkan Suspek Kes Tetak Di Tumpat Positif Dadah, Direman 7 Hari

25/10/2025
0

TUMPAT: Suspek lelaki yang menetak lelaki dikatakan ada pertalian saudara hingga maut di Kampung Kok Bedullah, di sini, malam tadi,...

4 Anggota, Pegawai Polis Pahang Positif Dadah Dalam Serbuan Di Pusat Hiburan

4 Anggota, Pegawai Polis Pahang Positif Dadah Dalam Serbuan Di Pusat Hiburan

12/10/2025
0

KUANTAN: Empat anggota polis termasuk seorang wanita dikesan positif dadah selepas ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd