• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

oleh Mohd Arshad
13/11/2025
dalam Terkini
0
Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan berliku untuk membawa isu pajakan Pulau Pinang ke mahkamah.

Dalam masa sama, beliau menegaskan langkah perundangan itu dibuat bukanlah untuk mencabar perlembagaan, sebaliknya membiarkan perkara itu diselesaikan melalui saluran undang-undang.

“Lawan dengan siapa pun, saya tidak akan berundur lagi, jangan gempar saya, jangan usik saya, dakwa saya cabar perlembagaan…apa yang telah kita hilang, kita mahu dapat balik,” katanya pada sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, pada Khamis.

Beliau menegaskan, tidak akan sesekali berundur, malah membayangkan bahawa tindakan tersebut sebagai meneruskan apa yang diperjuangkan generasi terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negeri.

“Saya adalah anak cucu kepada pejuang negeri ini, saya yakin pada satu ketika, ketika kerajaan, kepimpinan kita lemah, diserang, dicengkam, dilanyak, dibunuh oleh kuasa besar, di hati kecil, walaupun sedang bernaung, berlindung dalam satu kapal kecil di Sungai Merbok… mengharapkan pada suatu hari nanti, anak cucu aku akan bangkit tuntut kembali apa yang telah hilang.

“Kamilah anak cucu itu, kami tidak gentar, kami tidak takut, perjuangan ini akan diteruskan sampai kebenaran muncul sama ada kami menang atau kami mati,” tegasnya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Muhammad Sanusi bahawa Kedah kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan lantikan pasukan peguam bagi meneruskan proses perundangan berkaitan isu pajakan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, perkara itu telah mendapat reaksi pelbagai pihak sehingga terdapat dakwaan mengatakan tindakan menteri besar itu sengaja untuk mencabar perlembagaan negara.

-Sinar Harian

Tags: Isu Pajakan Pulau PinangKedahPulau PinangSanusi
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd