• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia

oleh Mohd Arshad
27/11/2025
dalam Terkini
0
Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Amaran hujan berterusan di seluruh Semenanjung dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dijangka berlaku hingga Sabtu ini.

Menerusi kenyataan MetMalaysia, hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kedah membabitkan kawasan Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang; Perak, Terengganu.

Situasi sama turut dijangka berlaku di Pahang membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong; Selangor; Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Selain itu, hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Kelantan dan beberapa kawasan di Pahang iaitu Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan serta Rompin.

Di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor membabitkan kawasan Tangkak serta Segamat turut diramalkan mengalami hujan berterusan (waspada).

MetMalaysia memaklumkan, jangkaan itu susulan ribut tropika yang dijangka bergerak ke arah Timur Tenggara dengan kelajuan 24 kilometer per jam (km/j) dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 56 km/j.

Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Semenanjung Malaysia.

Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat Monsun Timur Laut (MTL) dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline, MetMalaysia 1-300-22-1638.

-Harian Metro

Tags: amaran cuaca burukMetMalaysiamonsun timur laut
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Amaran Hujan Tahap Buruk Di 5 Daerah Di Kelantan Mulai Hari Ini – MetMalaysia

Amaran Hujan Tahap Buruk Di 5 Daerah Di Kelantan Mulai Hari Ini – MetMalaysia

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk membabitkan lima daerah di Kelantan bermula hari ini...

Semua Jentera Kerajaan Diaktifkan Hadapi Monsun Timur Laut

Semua Jentera Kerajaan Diaktifkan Hadapi Monsun Timur Laut

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan mengaktifkan semua jentera dan agensi berkaitan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bagi membuat penyelarasan dan kesiapsiagaan menghadapi Monsun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd