• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

oleh Mohd Arshad
19/11/2025
dalam Politik
0
BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau menghormati sepenuhnya segala keputusan yang dibuat perwakilan dan kepimpinan MIC pada Perhimpunan Agung parti itu.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, beliau mengikuti rapat perbahasan dalam perhimpunan MIC dan menganggap apa juga keputusan yang dicapai adalah hak dan autonomi MIC sebagai sebuah parti komponen dalam BN.

“Saya menghormati apa juga keputusan yang dibuat oleh perwakilan dan kepimpinan MIC dan saya tidak berhajat untuk mencampuri hal ehwal dalaman mereka.

“Apa juga keputusan yang akan dibuat oleh mereka, kita menerimanya dengan lapang dada dan hati terbuka,” katanya selepas menyampaikan ucaptama Sidang Kemuncak Ekonomi & Teknologi Cina Global (GCET 2025), di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Ditanya mengenai saranan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mahu mengatur perjumpaan dengan pimpinan tertinggi MIC untuk perbincangan, Ahmad Zahid menyifatkan langkah berkenaan sebagai pendekatan terbaik.

“Itu (perbincangan) adalah satu pendekatan yang baik. Dan apa pun keputusan yang akan dibuat, terserah kepada parti berkenaan,” katanya.

Ahad lalu, media melaporkan Perhimpunan Agung MIC ke-79 menangguhkan keputusan sama ada parti itu keluar atau kekal dalam BN selepas Timbalan Presidennya, Datuk Seri M Saravanan membentangkan tiga usul, termasuk cadangan untuk meninggalkan gabungan berkenaan dan membuat permohonan menyertai gabungan pembangkang.

Pada hari sama, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran dipetik sebagai berkata, ketiga-tiga usul termasuk keluar daripada BN telah diterima dan diserahkan kepada pimpinan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Vigneswan juga berkata MIC kekal memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mandat beliau berakhir, tanpa mengira apa jua keputusan politik yang bakal diputuskan.

BHonline-

Tags: BNMICZahid Hamidi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

16/11/2025
0

KOTA BELUD: Tiada masalah dalaman dalam Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

PRN Sabah: Kecenderungan Kecil Berpihak BN, Namun Tak Cukup Bentuk Kerajaan Negeri

PRN Sabah: Kecenderungan Kecil Berpihak BN, Namun Tak Cukup Bentuk Kerajaan Negeri

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dijangka berlangsung dalam saingan sengit tanpa mana-mana parti diramalkan mampu meraih majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd