1I1KENINGAU – Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup tampil sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang mendapat majoriti tertinggi pada PIilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Arthur mendapat 8,307 undi dengan 4,727 majoriti undi di dalam pertarungan lima penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Sook.
Beliau menewaskan lawan dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang sebelum ini sudah empat penggal memegang DUN itu, Datuk Ellron Angin yang mendapat 3,580 undi.
Jumlah majoriti undi yang diperoleh Arthur itu adalah yang tertinggi dalam kalangan calon BN sejak pilihan raya negeri pada 2020.
Pada PRN Sabah 16 ketika itu, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencatatkan majoriti undi tertinggi di antara calon BN iaitu sebanyak 4,298 undi.
Selepas Arthur, calon BN di DUN N63 Kunak mencatatkan majoriti undi kedua tertinggi pada PRN ke-17 iaitu sebanyak 2,118 undi.
Calon lain termasuk Jeffrey Ariffin di DUN Sukau N59 (1,234 majoriti), Datuk Nik Nadzri Nik Zawawi di DUN N41 (643 majoriti), Datuk Bung Mokhtar Radin di DUN N58 Lamag (153 majoriti) dan Datuk Harun Durabi di DUN Bengkoka (77 majoriti).



