• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

171 Lelaki Disyaki Terbabit Aktiviti Songsang Dibebaskan

oleh Mohd Arshad
30/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
171 Lelaki Disyaki Terbabit Aktiviti Songsang Dibebaskan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seramai 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan pusat spa dan kesihatan di Chow Kit kelmarin dibebaskan dengan jaminan semalam selepas permohonan reman ke atas mereka ditolak.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata permohonan reman ke atas semua warga tempatan itu ditolak Majistret dengan alasan lewat dikemukakan.

“Sebab apa (lewat), tangkapan ramai. Proses nak dibuat satu persatu untuk dikelaskan. permohonan reman lambat dibuat dan Majistret tolak,

“Bagaimanapun daripada 202 individu yang ditahan, hanya 31 warga asing direman dua hari,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pecah Kampung Sungai Baru, di sini, hari ini.

Fadil berkata, apabila tangkapan 202 orang dalam kategori masalah jenayah sosial, ini adalah satu keadaan yang membimbangkan.

“Daripada 171 warga tempatan, 103 orang adalah berbangsa Melayu.

“Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 377/ 372 Kanun Keseksaan, namun tiada bukti yang boleh membantu pihak polis menjalankan siasatan ke arah itu,” katanya.

Beliau berkata, agak sukar untuk menuduh mereka dari sudut undang- undang yang ada sekarang.

“Sebab setiap kali eksploitasi, pelacuran, ataupun luar tabii mesti ada mangsa tetapi tiada daripada mereka yang nak mengaku jadi mangsa. ‘So, the case is gone’ (kes tidak diteruskan),” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 201 individu termasuk 17 penjawat awam yang disyaki terbabit dalam kegiatan tidak bermoral atau songsang ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Chow Kit, di sini kelmarin.

BHonline-

Tags: aktiviti songsangdibebaskanlelaki
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengesahkan perlakuan sumbang membabitkan beberapa guru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd