• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Zara Qairina Tidak Pernah Mengadu Sebarang Tekanan” – Rakan Sekelas

oleh Mohd Arshad
22/10/2025
dalam Utama & Sensasi
0
“Zara Qairina Tidak Pernah Mengadu Sebarang Tekanan” – Rakan Sekelas
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Saksi yang juga rakan sekelas Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, arwah seorang pelajar yang ceria dan tidak pernah mengadu sebarang tekanan.

Saksi adalah pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha yang juga saksi kanak-kanak ke-19 inkues kematian Zara.

Menceritakan semula keterangan saksi itu, peguam mewakili ibu arwah, Shahlan Jufri berkata, saksi juga tinggal di aras dan blok asrama yang sama dengan Zara Qairina.

“Saksi mengenali Zara Qairina sebagai kawan tetapi mereka tidak rapat. Saksi kata Zara Qairina adalah seorang yang ceria, mudah bergaul, dan suka menolong kawan di kelas.

“Saksi berkata perbualan dia dengan Zara Qairina biasanya mengenai pelajaran saja dan arwah tidak pernah mengadu sebarang masalah peribadi, tekanan, atau menunjukkan tanda kemurungan,” katanya.

Berhubung kejadian pada 15 Julai lalu, Shahlan berkata, saksi berkenaan menyatakan dia berada di bilik asrama sendiri dan tidak mendengar kejadian membabitkan Zara Qairina dipanggil berjumpa pelajar senior pada malam itu.

Katanya, saksi memberitahu dia juga tidak nampak atau berjumpa dengan Zara Qairina.

Shahlan berkata, saksi juga menceritakan dia pernah kehilangan sebuah pin bendera Malaysia pada awal bulan Julai.

“Lebih kurang jam 4 petang, saksi keluar ke dewan makan untuk minum petang dan tinggalkan beg sekolah kepada rakan untuk dijaga. Bila saksi balik dari tandas, saksi dapati pin bendera dibegnya hilang,” katanya.

Shahlan berkata, saksi memberitahu mahkamah, dia kemudian melaporkan kehilangan itu kepada seorang pelajar senior yang juga ahli BADAR sekitar jam 10 malam hari yang sama.

“Saksi berkata dia boleh cam pin bendera kepunyaannya kerana ada tertulis nama dan kelas pada pin itu. Saksi memberitahu pin bendera Malaysia yang hilang itu tidak pernah

dijumpai dan dia cuma memakai pin bendera lain,” katanya.

Menurut Shahlan, saksi turut memberitahu ada mendengar khabar angin dalam kalangan pelajar yang menuduh Zara Qairina mencuri.

“Saksi ada mendengar mengenai kes kecurian duit dan pelajar-pelajar ada menuduh Zara Qairina kerana “beg Zara saja yang tidak kena check.”

“Tetapi bila pelajar check beg Zara, tidak ada apa-apa yang dijumpai di dalamnya,” katanya.

Dalam keterangan itu, Shahlan berkata, saksi mengesahkan mengetahui mengenai sesi Mesyuarat Aras (MA) yang biasanya diadakan oleh pelajar senior berhubung kebersihan dorm, namun dia sendiri tidak pernah dipanggil atau dimarahi dalam sesi itu.

Katanya, saksi turut mendedahkan pernah mendengar mengenai amalan dikenali sebagai ‘barcode’ yang dilakukan oleh beberapa pelajar junior lain, namun tidak tahu sama ada Zara terbabit dalam aktiviti itu.

Shahlan dibantu peguam Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili ibu arwah, Noraidah Lamat.

BHonline-

Tags: Kes Zara Qairina
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

01/12/2025
0

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir menitiskan air matanya sebanyak dua kali ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd