• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Ceria Sebaik Tiba Di KLIA Sepang, Santai Cuba Tarian Tradisional Ikut Rentak Kompang

oleh Mohd Arshad
26/10/2025
dalam Terkini
0
Trump Ceria Sebaik Tiba Di KLIA Sepang, Santai Cuba Tarian Tradisional Ikut Rentak Kompang
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG: Presiden Donald Trump kelihatan berada dalam mood ceria sebaik tiba di Malaysia apabila beliau dilihat cuba menari mengikut rentak kompang, alat muzik tradisional negara bersama penari-penari berpakaian tradisional berwarna-warni.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/10/BRICSinfo_20251026__1982270324256256262_1_19822702705313873920.mp4

Terdahulu ketika keluar dari pesawat Air Force One yang mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi lawatan sulungnya ke Malaysia, Trump juga dilihat melambai sebelum disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin dilihat berbual mesra sambil berjalan melepasi barisan kawalan kehormat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebelum Anwar memperkenalkan beliau kepada beberapa ahli Kabinet Malaysia.

Ketika melintasi kumpulan penari mempersembahkan tarian tradisional sebagai tanda alu-aluan ketibaannya, Trump secara spontan menyertai mereka menari, mencetuskan sorakan dan kegembiraan dalam kalangan yang hadir.

Beliau kemudian mengangkat bendera AS di satu tangan serta Jalur Gemilang di tangan yang lain dan mengibarkannya sebagai simbol persahabatan dua negara.

Selepas itu, Trump dan Anwar menaiki The Beast, kereta rasmi Presiden AS yang sangat dilindungi, diiringi alunan muzik bagpipe menuju ke lokasi persidangan.

Presiden AS itu tiba di Malaysia untuk lawatan atas jemputan Anwar selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Lawatan pemimpin itu dari 26 hingga 27 Oktober serentak dengan Sidang Kemuncak ASEAN-AS Ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-20.

Lawatan dibuat atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025. Ini lawatan pertama beliau ke Asia Tenggara sejak kembali memegang jawatan Presiden ke-47 AS pada Januari.

Sepanjang lawatannya, Trump dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri, hari ini.’

-Sinar Harian

Tags: ASEANDonald TrumpKLIA
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Isu Greenland: Trump Dakwa AS Akan Bertindak Walau Ditentang

Isu Greenland: Trump Dakwa AS Akan Bertindak Walau Ditentang

10/01/2026
0

Isu Greenland: Trump Dakwa AS Akan Bertindak Walau Ditentang Terjemahan Kenyataan Trump Donald Trump: “Kami akan melakukan sesuatu terhadap Greenland...

Trump Izin Syarikat AS Teroka Rizab Sumber Minyak Mentah Di Venezuela

Trump Izin Syarikat AS Teroka Rizab Sumber Minyak Mentah Di Venezuela

04/01/2026
0

PALM BEACH: Presiden Donald Trump akan membenarkan syarikat minyak Amerika Syarikat (AS) memasuki Venezuela bagi meneroka rizab minyak mentah yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd