• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

oleh Mohd Arshad
03/10/2025
dalam Terkini
0
Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir.

Berdasarkan tinjauan, daerah Kubang Pasu sudah dinaiki air namun keadaan masih terkawal.

Setakat ini, keadaan hujan masih lebat dan dijangkakan banyak lagi kawasan akan dinaiki air sekiranya hujan berterusan.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Kanan I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima laporan banjir kilat di daerah Kubang Pasu iaitu beberapa rumah di Kampung Malau dan Pokok Sena.

Beliau berkata, anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra sedang memindahkan seorang penduduk yang lumpuh di Kampung Malau ke tempat selamat.

“Setakat ini kita keluarkan dulu mangsa ke tempat selamat dan operasi penyelamatan masih berjalan.

“Daerah Kota Setar juga turut dilanda hujan lebat namun setakat jam 6 petang ini, kita masih belum menerima maklumat berkaitan banjir di daerah itu.

“Selain itu, kita turut menerima panggilan banjir kilat di Jalan Kampung Imam, Taman Rasa Sayang di daerah Kubang Pasu dan di Kampung Kudung Macang Kudong di daerah Pokok Sena dan operasi penyelamat sedang dilakukan.

“Bagaimanapun, pasukan Bomba di Zon 1 JBPM Kedah iaitu yang membabitkan daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Padang Terap dalam keadaan bersiap sedia sekiranya air naik,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menghubungi talian kecemasan MERS 999 sekiranya rumah mereka dinaiki air selain mengambil dokumen penting untuk berpindah sekiranya diarahkan berbuat demikian.

-Berita Harian

Tags: banjir kilatBombaKedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd