• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tareq Al-Barghouthi Dibebas Selepas 22 Tahun Menghuni Penjara Israel

oleh Mohd Arshad
14/10/2025
dalam Terkini
0
Tareq Al-Barghouthi Dibebas Selepas 22 Tahun Menghuni Penjara Israel
Share on FacebookShare on Twitter

TEBING BARAT: Beberapa bas membawa puluhan tahanan Palestin yang dibebaskan dari Penjara Ofer tiba di Beitunia, berhampiran Ramallah hari ini, terselit Tareq al-Barghouthi yang dipenjara selama 22 tahun oleh Israel.

Tareq akhirnya kembali ke pangkuan keluarga selepas dibebaskan susulan fasa pertama perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hamas.

Menerusi video yang tular di media sosial, Tareq dan keluarganya kelihatan menangis kegembiraan dan mereka saling berpelukan bagi meraikan hari yang paling istimewa ini.

Tareq yang berasal dari Beit Rima, utara Ramallah sebelum ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Bagaimanapun, hari ini beliau antara ribuan tahanan Israel akhirnya dibebaskan sebagai tukaran kepada pembebasan 20 rakyat Israel yang berada di bawah tahanan Hamas.

Terdahulu pada hari yang sama, Pejabat Maklumat Tahanan Palestin mengumumkan bahawa bas membawa tahanan yang dibebaskan telah mula meninggalkan penjara-penjara Israel, sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan dengan Israel yang mula berkuat kuasa pagi Isnin.

Al-Jazeera melaporkan tentera pendudukan Israel melepaskan bom asap ke arah wartawan yang berkumpul berhampiran Penjara Ofer.

Mengulas pembebasan itu, pengarah media Pejabat Tahanan Palestin memberitahu Al-Jazeera bahawa, “Pembebasan tahanan dan penghentian perang di Gaza menandakan satu hari bersejarah bagi rakyat Palestin.”

Beliau menambah bahawa,”Beberapa tahanan yang telah menghabiskan puluhan tahun dalam penjara Israel akan dibebaskan,”sambil menuduh Israel “cuba mengelak daripada menunaikan tanggungjawab dalam setiap perjanjian.”

Agensi berita Reuters turut memetik sumber rasmi yang berkata bahawa semua 1,966 tahanan Palestin yang dijadualkan dibebaskan pada Isnin di bawah perjanjian pertukaran telah menaiki bas di dalam penjara Israel.

Menurut sumber itu, 1,716 daripada mereka berasal dari Gaza dan akan dibebaskan dari Kompleks Perubatan Nasser di wilayah berkenaan, manakala 250 lagi tahanan yang menjalani hukuman penjara seumur hidup, yang akan dibebaskan ke Tebing Barat, Baitulmaqdis dan luar negara.

Ketika ini, lebih 11,100 rakyat Palestin masih dipenjarakan oleh Israel, menghadapi seksaan, kebuluran, dan pengabaian rawatan perubatan, dengan beberapa kematian dilaporkan oleh organisasi hak asasi manusia Palestin dan Israel

-Agensi

Tags: GazaIsraelPalestinTareq Al-Barghouthi
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

31/01/2026
0

30 Januari 2026/MYNEWSHUB  PRETORIA – Kerajaan Afrika Selatan mengisytiharkan Wakil Tetap Sementara (Chargé d’Affaires) Israel sebagai persona non grata (orang...

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd