• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Suami Memang Suka Panjat Pokok’, Kata Isteri Lelaki Pengsan Ketika Uji Alat Memanjat

oleh Mohd Arshad
05/10/2025
dalam Terkini
0
‘Suami Memang Suka Panjat Pokok’, Kata Isteri Lelaki Pengsan Ketika Uji Alat Memanjat
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH: “Suami memang suka panjat pokok, bukan sebab kerja (petik buah kelapa) tapi sebab minat,” kata Fatimah Muhammad, 67, isteri kepada warga emas yang pengsan ketika memanjat pokok kelapa di Taman Jaya 2, Jalan Temerloh-Maran di sini, semalam.

Menurutnya, suaminya yang juga pesara guru berusia 67 tahun sudah memanjat pokok sejak muda dan tidak pernah berhenti melakukan hobi itu walaupun usia semakin lanjut.

Suaminya juga sudah lama membangunkan alat untuk memudahkan memanjat pokok, namun baharu mempunyai kelapangan untuk mencubanya tahun ini.

“Dia kalau nampak pokok tinggi pun tak takut. Pokok langsat, pokok kelapa semua dia boleh panjat.

“Pagi semalam, dia keluar rumah dengan kawan sekitar jam 10 pagi. Kawan dia tunggu di bawah (pokok), mereka sempat berbual sebelum tiba-tiba senyap saja.

“Rupa-rupanya dia sudah pengsan di atas pokok,” katanya ditemui di rumahnya di Taman Jaya 3 , hari ini.

Fatimah berkata, suaminya tidak mengambil upah memetik buah kelapa, sebaliknya sekadar memanjat pokok kelapa yang ditanam sendiri ketika masa lapang, apatah lagi masih mempunyai kudrat untuk melakukannya.

“Dia bukan nak jual kelapa pun, pokok itu pun pokok sendiri. (Sudah) minat dia… dan dia memang kuat walaupun umur sudah lanjut,” katanya.

Wanita itu juga memaklumkan suaminya kini dirawat di hospital selepas diserang strok ringan akibat keletihan, namun keadaannya stabil.

Semalam, warga emas dilapor pengsan atas pokok kelapa pada ketinggian kira-kira 10 meter dipercayai ketika menguji alat memanjat pokok.

BHonline-

Tags: panjat pokokpengsansuami
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

14/01/2026
0

SRI AMAN – Bapa kepada mangsa wanita yang ditemukan meninggal dunia bersama suaminya dalam kejadian tragis di sebuah kediaman di Taman Mutiara,...

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd