• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

oleh Mohd Arshad
26/10/2025
dalam Terkini
0
Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Beberapa stesen Rapid KL ditutup sementara hari ini antara jam 4 hingga 6 petang atas faktor keselamatan sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali rel Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan, penutupan itu membabitkan beberapa stesen di tiga laluan utama iaitu Laluan Kelana Jaya, Putrajaya dan Kajang.

“Bagi laluan Kelana Jaya, stesen yang terlibat ialah Ampang Park dan KLCC manakala laluan Putrajaya, stesen terlibat ialah Conlay, Persiaran KLCC dan Ampang Park.

“Bagi laluan Kajang, penutupan membabitkan stesen Bukit Bintang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, antara stesen alternatif yang disarankan ialah laluan monorel Stesen Bukit Nanas, Stesen Raja Chulan dan Stesen Bukit Bintang manakala bagi laluan Kelana Jaya boleh mengikuti Stesen Kampung Baru melalui Jambatan Saloma.

Dalam pada itu, Rapid KL memaklumkan bahawa stesen-stesen rel lain yang tidak terlibat akan beroperasi seperti biasa mengikut jadual waktu operasi harian.

“Pengguna juga disarankan merancang perjalanan lebih awal dan merujuk laman media sosial Rapid KL atau aplikasi PULSE untuk status perkhidmatan terkini,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Rapid KL
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Banjir Kilat: 9 Hentian Bas Tak Dapat Dilalui Rapid KL

Banjir Kilat: 9 Hentian Bas Tak Dapat Dilalui Rapid KL

04/06/2023
0

SHAH ALAM : Sembilan perhentian bas tidak dapat dilalui susulan banjir kilat berlaku kawasan Setia City Mall pagi ini. Ikuti...

Laluan Rapid KL Kembali Beroperasi

04/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Semua laluan bas Rapid KL dan rel yang terjejas akibat banjir pada 18 Disember lalu sudah kembali beroperasi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd