• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

oleh Mohd Arshad
30/10/2025
dalam Politik
0
‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, masih setia kepada UMNO, biarpun pernah disingkirkan parti itu sebelum ini.

Bagaimanapun, Reezal Merican yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas menyerahkan sepenuhnya kepada bekas Ketua Pemuda UMNO itu untuk menentukan hala tuju politiknya selepas ini.

Beliau juga mengesahkan berada dalam sebuah majlis perkahwinan di Perlis yang turut menemukan Khairy dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu.

“Saya ada pada masa kenduri (kahwin) itu, saya sekali dengan dia, duduk dengan dia. Cuma satu benda saya boleh maklumkan, memang kasih dan cinta Khairy ini hanya pada UMNO saja. Itu saya boleh sahkan.

“Tetapi (berkaitan dakwaan sertai semula UMNO) itu bukan keputusan saya, ia keputusan pimpinan atasan dan keputusan MKT, saya tidak boleh mendahului,” katanya seperti dilapor sebuah portal hari ini.

Menurut laporan itu, beliau yang pernah berada dalam kepimpinan pemuda UMNO ketika diketuai Khairy sebelum ini turut berharap hasrat Khairy menyertai UMNO menjadi kenyataan.

Reezal Merican bagaimanapun tidak dapat mengesahkan dakwaan sama ada bekas Ahli Parlimen Rembau itu bakal dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

“Itu pun saya tak dapat nak sahkan. Saya ini ahli parti, benda itu akan ditentukan oleh pimpinan pada peringkat atas,” katanya seperti dipetik laporan itu.

BH hari ini melaporkan Khairy dijangka menyertai semula UMNO sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadual berlangsung pada hujung bulan depan.

Hasrat pemimpin itu yang kini bertugas sebagai penyampai radio di Hot FM untuk kembali kepada UMNO, dikatakan sudah mendapat ‘restu‘ pimpinan tertinggi parti itu khususnya Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid dikhabarkan sudah meminta Khairy menghantar dokumen permohonan bagi menyertai semula UMNO, selepas dipecat pada Januari 2023.

Sejak dipecat, Khairy menghabiskan masanya dan aktif dalam platform audio siar yang diasaskan beliau iaitu Keluar Sekejap yang kini meraih 397,000 pengikut atau subscriber.

Menerusi platform itu, beliau bersama bekas Ketua Penerangan UMNO yang digantung keahliannya oleh UMNO sebelum ini, Shahril Hamdan, berkongsi pandangannya berkenaan pelbagai isu semasa yang turut menyentuh politik, ekonomi serta hal ehwal antarabangsa.

BHonline–

Tags: Khairy JamaluddinReezal MericanUMNO
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd