• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis

oleh Mohd Arshad
11/10/2025
dalam Terkini
0
Rempuh Tembok Plaza Tol LDP, Pemandu Lori Sampah Lelaki Warga Indonesia Diburu Polis
Share on FacebookShare on Twitter

Subang Jaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai pemandu lori sampah yang terbabas sebelum merempuh tembok konkrit di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pemandu dipercayai lelaki warga asing itu bertindak melarikan diri sejurus kemalangan berlaku meninggalkan kelindan yang cedera.

Menurutnya, lori sampah jenis Isuzu berkenaan datang dari arah Putrajaya ke arah Bukit Puchong hilang kawalan sejurus tiba di lokasi kejadian kira-kira 2.30 petang.

“Apabila menghampiri Plaza Tol Puchong Selatan, pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tembok plaza tol berkenaan.

“Kelindan iaitu seorang lelaki Bangladesh berusia 42 tahun, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka manakala pemandu melarikan diri,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, usaha mengesan pemandu terbabit sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1982.

Katanya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 0173012621 dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Terdahulu tular di media sosial satu klip video berdurasi 30 saat memaparkan sebuah lori sampah bergerak dari lorong paling kiri lalu ke kanan sebelum merempuh tembok konkrit di tengah-tengah sebuah plaza tol.

Lori terbabit dilihat hampir-hampir merempuh sebuah kereta lain yang berada di lorong berkenaan namun pemandu kereta terbabit dilihat sempat memberhentikan kenderaan pada saat akhir.

-Harian Metro

Tags: buruIndonesiaplaza tol
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tujuh Jam Yang Mendebarkan Untuk Seorang Remaja Di Indonesia

Tujuh Jam Yang Mendebarkan Untuk Seorang Remaja Di Indonesia

03/12/2025
0

INDONESIA – Dalam insiden yang mengundang tangisan berjuta penonton di media sosial, seorang remaja lelaki melalui detik paling mencemaskan dalam...

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

Mengapa Malaysia Tidak Jadi Seperti Indonesia Dan Nepal?

16/09/2025
0

Pertama sekali, tidak ada keperluan untuk Malaysia menjadi seperti kedua negara berkenaan. Di Malaysia, secara umum semua rakyat ada kerja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd