• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Palestin Sedih, Konvoi GSF Tidak Sampai Gaza

oleh Mohd Arshad
03/10/2025
dalam Terkini
0
Rakyat Palestin Sedih, Konvoi GSF Tidak Sampai Gaza
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Penahanan kesemua aktivis Global Sumud Fortila (GSF) oleh tentera zionis sejak Khamis telah melenyapkan harapan rakyat Palestin yang setia menantikan ketibaan konvoi itu di pantai Gaza.

Pemilik akaun Thread dikenali sebagai KhaledMtr menzahirkan rasa kecewa dan sedihnya terhadap halangan yang dilakukan dalam menyalurkan bantuan.

“Saya berasa patah hati, semua bot dalam Flotila Sumud termasuk yang terakhir sekali telah dipintas.

“Kami begitu berharap sekurang-kurangnya satu daripadanya dapat sampai kepada kami, tetapi tiada satu pun yang dibenarkan melepasi,” katanya sambil berkongsi fotonya mengesat air mata di pesisir pantai Gaza.

Dia yang juga warga Palestin mempersoalkan tindakan tentera menghalang bantuan kemanusiaan bagi membantu rakyat negaranya.

“Kesakitan ini amat berat untuk ditanggung, namun kami tetap berpegang pada harapan bahawa dunia akan mendengar suara kami dan berdiri bersama kami,” katanya.

Menerusi akaun itu, KhaledMtr antara ratusan rakyat Palestin yang setia menanti kehadiran kapal GSF di pantai Gaza setiap pagi mengharapkan bekalan makanan dan ubatan tiba.

Misi GSF yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia, belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan berterusan rejim Zionis.

Terdahulu, Kementerian Luar memaklumkan bahawa kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai GSF bagi misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza telah ditahan Israel dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

Pada Isnin, Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mendedahkan bahawa rejim Israel mengepung kira-kira setengah juta penduduk Palestin di Bandar Gaza dalam kawasan tidak lebih daripada lapan kilometer persegi.

Jurucakap UNRWA, Adnan Abu Hasna berkata, kepungan itu menyebabkan kira-kira 70,000 orang berhimpit di setiap kilometer persegi tanpa ruang walaupun untuk mendirikan sebuah khemah, menyebabkan puluhan ribu keluarga hidup gelandangan.

Beliau menegaskan kebuluran kini merebak bersama-sama penduduk yang dipindahkan dari Bandar Gaza ke bahagian tengah dan selatan Semenanjung Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak bagi gencatan senjata segera serta membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan.

-Sinar Harian

Tags: GazaGSFPalestin
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

17/11/2025
0

ISU TERKINI: NETANYAHU TEGAS TOLAK PENUBUHAN NEGARA PALESTIN Laporan Khas Mynewshub KUALA LUMPUR, 17 Nov – Perdana Menteri Israel, Benjamin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd