• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton Saga Langgar Tiang, Mangsa Disahkan Lima Sekeluarga

oleh Mohd Arshad
06/10/2025
dalam Terkini
0
Proton Saga Langgar Tiang, Mangsa Disahkan Lima Sekeluarga
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam: Mangsa kemalangan Proton Saga FLX yang dipercayai terbabas melanggar tiang elektrik di Jalan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 22, di sini, disahkan lima sekeluarga.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 39 tahun bersama isteri, 38, dan tiga anak masing-masing berusia tujuh tahun, empat tahun dan lapan bulan dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke rumah di Klang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit dipercayai terbabas dan terlanggar tembok pembahagi jalan sebelah kanan.

“Mangsa, pemandu kenderaan disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

“Kesemua penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Shah Alam dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menerima rawatan dan masih berada di zon merah,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Mohd Iqbal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana saksi bebas atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, lelaki maut dan empat yang lain parah apabila kenderaan dinaiki mereka dipercayai terbabas melanggar tiang elektrik di Persiaran Tengku Ampuan Seksyen 22, di sini, hari ini.

Terdapat lima orang dalam kenderaan itu yang mana seorang mangsa lelaki tempatan berusia 39 tahun tersepit di bahagian pemandu.

-Harian Metro

Tags: kemalangan
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd