• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sabah: UMNO Hanya Letak Calon Di Kerusi Boleh Menang

oleh Mohd Arshad
18/10/2025
dalam Politik
0
PRN Sabah: UMNO Hanya Letak Calon Di Kerusi Boleh Menang
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan hanya akan meletakkan calon di kawasan berpotensi tinggi untuk menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, UMNO Sabah telah diberi kuasa autonomi untuk memilih calon yang akan diketengahkan mengikut perkiraan sendiri.

“Namun kita harus mengakui hakikat bahawa kita hanya meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi untuk menang dan kita akan mengutamakan calon yang telah dikemukakan UMNO Sabah sendiri.

“Kita menerima sampai lima bakal calon dikemukakan, …namun kita kena teliti terlebih dahulu calon berkenaan serta tempat yang akan ditandingi. Yang penting calon berkenaan dijangka boleh menang,” katanya. selepas di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH) telah dibuat agar tidak berlaku pertindihan pada PRN17 Sabah.

“Ya, kita telah berbincang dengan PH agar tiada pertindihan kerusi, …namun perbincangan dan rundingan masih dilaksanakan dengan pihak Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Berhubung keputusan mahkamah mengenai 40 peratus hasil Persekutuan kepada Sabah, Ahmad Zahid berkata kerajaan menghormati keputusan tersebut.

“Kita akan meneliti keputusan tersebut dan biar Perdana Menteri bawa perkara berkenaan untuk dibincangkan dengan Jermaah Menteri,” katanya.

BHonline-

Tags: PRN SabahUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd