• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

oleh Mohd Arshad
27/10/2025
dalam Politik
0
PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding dalam pilihan raya negeri pada 29 November ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Chan Foong Hin berkata terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan oleh parti berkenaan.

“Berkenaan logo, kami (ahli DAP) telah mengadakan beberapa perbincangan dalaman sebelum ini, di mana kami turut menyampaikan pandangan dan pendapat kepada parti-parti komponen lain. Buat masa ini, tiada apa-apa yang dimuktamadkan lagi.

“(Namun) saya tidak menyatakan lagi logo mana yang akan kami gunakan. Tetapi kadangkala, logo bukanlah perkara yang paling penting. Saya rasa semangat perpaduan itu lebih utama,” katanya selepas menutup Pertandingan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai (UCO) Sekolah di sini, hari ini.

Chan, yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu, berkata DAP Sabah mengambil maklum ketegasan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam menangani dua bekas parti komponennya yang memilih untuk bertanding menggunakan logo masing-masing.

Keahlian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) dalam gabungan GRS sebelum ini sudah digugurkan.

Selain DAP, komponen Pakatan Harapan (PH) Sabah iaitu Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) turut menyatakan hasrat untuk bertanding menggunakan logo sendiri.

Chan turut menafikan khabar angin bahawa DAP Sabah sudah memeterai pakatan rasmi hanya dengan UMNO Sabah.

“Tiada perkara seperti hanya dua parti daripada dua gabungan – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) – membentuk pakatan eksklusif.

“Saya fikir PH-BN pada asasnya ialah tulang belakang kepada kerajaan. Tetapi pada masa yang sama, kami juga ingin menghormati keunikan Sabah. Jadi bagi PH, kami amat menghargai kerjasama yang ditawarkan oleh GRS.

“Namun, seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri, ini adalah ‘cinta tiga segi‘. Kami berharap akan ada persefahaman di mana semua pihak dapat bekerjasama dengan aman,” katanya sambil menambah bahawa ketiga-tiga gabungan itu akan berusaha mengelakkan pertembungan dan pertandingan pelbagai penjuru.

Mengenai kemungkinan DAP bekerjasama dengan Parti Warisan selepas pilihan raya negeri nanti, Chan berkata ia tidak mustahil memandangkan Warisan masih merupakan sebahagian daripada kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Jika kita menggunakan kerangka MADANI, kita tidak sepatutnya mengetepikan sesiapa. Tetapi memandangkan Warisan mahu bergerak secara solo dalam pilihan raya negeri, kita perlu menghormati keputusan mereka,” katanya.

BHonline–

Tags: DAPPRN Sabah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

30/12/2025
0

KOTA KINABALU: Calon yang bertanding atas tiket BEBAS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah 29 November lalu, Mohd Ismail...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd