• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sabah: GRS Yakin Rakyat Sabah Bijak Menilai Kemampuan Kerajaan

oleh Mohd Arshad
19/10/2025
dalam Politik
0
PRN Sabah: GRS Yakin Rakyat Sabah Bijak Menilai Kemampuan Kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Kinabalu: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin rakyat negeri ini bijak menilai siapa yang mampu mentadbir Sabah dengan baik dan pihak mana yang hanya menabur janji politik dan retorik bagi memenangi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRN17).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dengan kemajuan teknologi digital dan telekomunikasi, pelbagai dakyah dan fitnah kini mudah disebar melalui media sosial menjadikan kempen pilihan raya lebih mencabar.

Katanya, situasi itu perlu ditangani sebaik mungkin oleh jentera GRS bagi memastikan rakyat mendapat maklumat tepat mengenai setiap isu dibangkitkan pihak lawan bagi menangkis sebarang dakyah dan fitnah.

“Rakyat semakin bijak menilai siapa yang mampu tadbir Sabah dengan baik dan siapa yang hanya menabur janji politik dan retorik. Berhentilah menjaja ubat yang mengkhayalkan rakyat, jangan seperti dukun politik, banyak jampi tapi tiada sembuhnya.

“Pembangkang tidak pernah berhenti menabur fitnah dan mencipta pelbagai naratif palsu dan menjadikan media sosial sebagai senjata utama kononnya GRS gagal mentadbir, ini tidak boleh kita biarkan.

“Kita mesti serang balik dengan kebenaran dan fakta. Oleh itu saya menyeru jentera parti di semua peringkat hingga ke akar umbi supaya memainkan peranan aktif sama ada melalui media sosial atau bersemuka.

“Kita perlu menjadi penyampai maklumat yang tepat untuk menangkis tohmahan dan fitnah pihak lawan, jangan biarkan Sabah kembali ke tangan mereka yang gagal mentadbir, sebaliknya hanya berpolitik atas dasar dendam dan kepentingan peribadi,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Sementara itu, Hajiji berkata, pilihan raya kali ini bukan hanya persaingan di lapangan, tetapi juga di alam maya berikutan kepesatan penggunaan media sosial untuk membentuk persepsi rakyat.

Sehubungan itu, katanya, kejayaan GRS juga bergantung kepada sejauh mana jentera gabungan itu menguasai media sosial sebagai alat komunikasi bagi menghalang propaganda pembangkang.

“Hanya dengan perjuangan GRS dan kerjasama erat parti komponennya mampu membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Sabah.

“Kita kini di ambang pilihan raya, pertarungan kali ini bukan setakat mendapatkan mandat rakyat atau untuk menjadi kerajaan, sebaliknya ini soal masa depan Sabah.

“Kemenangan GRS memberi kita suara lebih besar dalam usaha membangunkan Sabah. Kita akan mempunyai kedudukan yang lebih teguh dalam menuntut dan mempertahan hak Sabah,” katanya.

Hajiji turut mengingatkan jentera GRS bahawa kemenangan tidak datang tanpa usaha, sebaliknya hanya kerja kuat dan niat yang ikhlas selain bergerak berpasukan mampu mencapai misi yang ditetapkan.

“Kekuatan GRS bukan saja dasar dan penyampaian tapi juga semangat juang. Insya-Allah kita akan menang dalam pilihan raya ini dan mendapat mandat yang lebih besar serta kukuh,” katanya.

-Harian Metro

Tags: GRSPRN SabahRakyat SabahSabah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

30/12/2025
0

KOTA KINABALU: Calon yang bertanding atas tiket BEBAS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah 29 November lalu, Mohd Ismail...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd