• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyelewengan 1MDB Kes Yang Pelik, Diurus Macam Kedai Kopi

oleh Mohd Arshad
30/10/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Penyelewengan 1MDB Kes Yang Pelik, Diurus Macam Kedai Kopi
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kes penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak, dianggap sebagai suatu kes yang pelik.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, ia dengan mengambil kira kenyataan ketua pasukan pendakwaan 1MDB ketika itu, mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram yang menyatakan kes itu pelik kerana 1MDB diuruskan seperti sebuah kedai kopi.

Mohamad Mustaffa yang berhujah di akhir kes pembelaan, berkata tadbir urus 1MDB dijalankan secara kucar kacir menyebabkan dana syarikat pelaburan negara itu mengalir masuk ke tempat lain secara sengaja.

Hujahnya lagi, jika pengurusan hal ehwal syarikat terbabit dilaksanakan secara ketat mengikut piawaian korporat, Najib yang juga bekas menteri kewangan tidak akan didakwa di mahkamah.

“Jika tadbir urus adalah perkara yang amat penting, pengunduran Pengerusi 1MDB ketika itu, Tan Sri Mohd Bakke Salleh pada Oktober 2009 sepatutnya menjadi `waking up call’ (peringatan) untuk meleraikan kekusutan syarikat.

“Tan Sri Mohd Bakke turut menghantar mesej kepada Datuk Seri Najib mengenai peletakan jawatannya namun tidak dibalas tertuduh,” katanya.

Mohamad Mustaffa berkata, persoalan berkaitan 1MDB termasuk operasi, tahap hutang dan pelaburannya telah diketahui umum apabila isu itu dibawa ke Parlimen seawal tahun 2010 dan Najib sendiri ditanya mengenai pembabitan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Beliau berkata, bukti kemudian menunjukkan terutama rekod pesanan Blackberry(BBM) dan keterangan bekas Pegawai Perhubungan Ambank, Joanna Yu Ging Ping bahawa Jho Low terbabit secara aktif dalam pengurusan akaun bank peribadi Najib.

Katanya, ia termasuk transaksi RM42 juta pada Disember 2014 dan Februari 2015 yang dinyatakan dalam pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram, yang mana Najib kemudian mendakwa Jho Low memperdayakannya.

“Bagaimana selepas melihat semua ini, kita boleh menafikan kesan daripada apa yang dikatakan oleh Jho Low kepada pegawai kanan di 1MDB?.

“Kami berhujah, perkara penting untuk diputuskan mahkamah ialah kesan daripada kenyataan dibuat Jho Low dan keterangan pihak lain yang mendengarnya serta tindakan yang berlaku selepas itu.

“Tiada khabar angin berganda seperti yang dihujahkan peguam bela. Bukan Jho Low yang dibicarakan di sini, sebaliknya tertuduh,” katanya.

Mohamad Mustaffa berkata demikian pada prosiding hujahan di akhir kes pembelaan bagi empat pertuduhan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi Najib.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi pertuduhan pengubahan haram pula antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 di lokasi sama.

Sementara itu, Mohamad Mustaffa berkata Najib tidak pernah ditipu oleh Jho Low dalam skandal kewangan 1MDB kerana tindakannya sendiri menunjukkan sebaliknya.

Beliau berkata, Najib sebenarnya telah mengukuhkan peranan Jho Low dalam urusan peribadi dan rasmi beliau, termasuk membenarkan lelaki itu mengatur percutian peribadinya, sambil pada masa yang sama menguruskan urusan kewangan 1MDB.

Katanya, ia bukan satu kebetulan, sebaliknya ia mencerminkan kebergantungan, keizinan dan kepercayaan beliau (Najib) terhadap Jho Low.

Oleh itu, Mohamad Mustaffa berkata, satu-satunya kesimpulan yang munasabah ialah Jho Low berfungsi sebagai perantara, proksi dan penggerak penting bagitertuduh dalam urusan 1MDB.

Hujahnya lagi, tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap Jho Low, namun ketika kemuncak skandal terbabit, Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) telah ditamatkan perkhidmatannya pada 2015.

“Jadi, bolehkah tertuduh kini mendakwa beliau telah diperdaya oleh Jho Low? Jawapannya, tidak.

“Hujahan bahawa Datuk Seri Najib telah ditipu oleh Jho Low turut ditolak oleh hakim yang membicarakan kes rasuah RM42 juta membabitkan SRC International Sdn Bhd, atas alasan naratif itu tidak dapat diterima berdasarkan bukti yang dikemukakan,” katanya.

Prosiding hujahan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang memasuki hari kelapan, sedang berlangsung.

BHonline–

Tags: Kes 1MDB
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

Nasib Najib Bagi Kes 1MDB Diputuskan Sehari Selepas Krismas

Nasib Najib Bagi Kes 1MDB Diputuskan Sehari Selepas Krismas

31/10/2025
0

PUTRAJAYA: Kes penyelewengan dana milik syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd