• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

oleh Mohd Arshad
10/10/2025
dalam Terkini
0
Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkaitan pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru dibuat secara tergesa-gesa iaitu dalam tempoh tiga hari sebagai penyelewengan fakta dan fitnah serius.

Justeru, beliau memberi notis dan peluang kepada Dr Zaliha untuk menjelaskan dan mengulangi tuduhan berkenaan secara bersemuka dengannya di luar Parlimen melalui dua pilihan.

“Menerusi pilihan pertama, saya menjemput Datuk Seri untuk menjadi tetamu di Podcast MUAFAKAT pada Isnin atau Selasa atau Rabu ini bertempat di Studio Podcast Muafakat, Plaza Damas dan waktu adalah mengikut kelapangan Datuk Seri.

“Datuk Seri boleh mengulangi kenyataan di Dewan Rakyat itu dan saya akan membuktikan bahawa Datuk Seri berbohong kepada Parlimen, serta melakukan fitnah serta memesongkan fakta sebenar berhubung perkara berkenaan.

“Pilihan kedua adalah sekiranya tidak berani berdepan secara bersemuka, sebagai alternatif saya juga bersedia untuk hadir di Sidang Pasca Kabinet Datuk Seri dan memberikan ulasan saya secara bersemuka dengan bersaksikan semua Ketua Jabatan Agensi terbabit di bawah kementerian, pada Rabu ini.

“Saya berharap, demi kepentingan awam dan menjaga integriti masing-masing, Datuk Seri hendaklah berani dan rela hati menerima cadangan saya ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Annuar turut memberikan tempoh tiga hari sehingga Ahad ini untuk Dr Zaliha menjawab tawaran berkenaan.

Tegasnya, sekiranya Dr Zaliha gagal berbuat demikian, beliau akan menimbangkan langkah lain yang sesuai termasuk tindakan undang-undang.

“Kenyataan yang dikeluarkan itu menunjukkan kelemahan Dr Zaliha sebagai anggota pentadbiran apabila gagal memahami skop tugas dan tanggungjawab menteri serta sesebuah kementerian serta gagal memahami undang-undang terutama Akta Pengambilan Tanah (API) 1960.

“Akibatnya, kenyataan itu dilaporkan dengan meluas dalam hampir semua media utama dan media sosial yang memberi gambaran dan fakta salah sedangkan ia dibuat di Parlimen yang mulia.

“Kenyataan ini memberi kesan amat besar khususnya kepada reputasi, integriti dan nama baik saya apabila tuduhan ditujukan secara langsung kepada saya berdasarkan fakta yang salah sama sekali,” katanya.

Semalam media melaporkan, keputusan berkaitan kelulusan pewartaan membabitkan Kampung Sungai Baru mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) pada 2021, dibuat secara tergesa-gesa iaitu dalam tempoh tiga hari.

Pendedahan itu Dr Zaliha pada sesi penerangan Hala Tuju Pembangunan Kampung Baru di Dewan Rakyat semalam.

Keputusan itu, katanya, dibuat selepas permohonan mengambil alih tanah berkenaan termasuk kediaman flat dan lot teres dikemukakan pemaju kepada Kementerian Wilayah Persekutuan.

BHonline-

Tags: Annuar MusaDr Zalihakampung sungai baru
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Dr Zaliha Ketuai Pasukan Petugas Khas Kampung Baru, Kampung Sungai Baru

Dr Zaliha Ketuai Pasukan Petugas Khas Kampung Baru, Kampung Sungai Baru

29/10/2025
0

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa diamanahkan untuk mengetuai pasukan petugas...

Biar Mahkamah Tentukan Status Tanah Kampung Sungai Baru – Dr Zaliha

Biar Mahkamah Tentukan Status Tanah Kampung Sungai Baru – Dr Zaliha

23/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menggesa semua pihak berkait polemik status...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd