• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembubaran DUN Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baru

oleh Mohd Arshad
06/10/2025
dalam Politik
0
Pembubaran DUN Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baru
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 membuka peluang kepada rakyat negeri itu untuk memilih serta memberi mandat kepada kerajaan baharu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, UMNO dan BN Sabah yakin rakyat Sabah akan membuat keputusan bijak dalam memilih parti serta calon yang berupaya membawa arus perubahan positif kepada rakyat dan negeri.

Beliau menegaskan UMNO dan BN sudah bersedia membawa perubahan yang lebih baik kepada rakyat Sabah, malah hadir bukan sekadar dengan janji kosong, sebaliknya dengan keupayaan dan pengalaman terbukti untuk mentadbir negeri.

“Kita percaya rakyat Sabah berhak menikmati kehidupan yang lebih baik, peluang saksama, kemajuan dan kestabilan politik yang kukuh. Inilah masa untuk kita betulkan semula haluan negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bung Moktar berkata, pengalaman luas UMNO dan BN menjadi sandaran penting untuk memulihkan semula Sabah ke landasan kemajuan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat.

Terdahulu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN Sabah ke-16 yang berkuat kuasa hari ini selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Menara Kinabalu.

Dengan pembubaran itu, Sabah kini ditadbir oleh kerajaan sementara dengan Hajiji kekal menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN nanti.

Sementara itu, Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe menzahirkan penghargaan kepada pengundi di DUN Luyang atas kepercayaan diberikan kepadanya untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat dan menteri negeri.

Katanya, peluang itu merupakan satu penghormatan besar dan pengalaman berharga sepanjang karier politiknya.

Pesuruhjaya Pas Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan pula dalam catatan ringkas di Facebook menegaskan bahawa pembubaran DUN adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang wajar diraikan dengan penuh adab.

Beliau menyeru semua pihak mengamalkan akhlak mulia serta menjauhi permusuhan dan maki hamun sepanjang tempoh berkempen.

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam kenyataan berkata parti itu yakin rakyat Sabah kini cukup matang dan bersedia melakukan perubahan demi masa depan yang lebih baik dengan memilih kerajaan negeri baharu.

“Pembubaran DUN Sabah hari ini telah lama dinanti-nantikan oleh rakyat kerana ia akan membuka ruang kepada rakyat untuk menentukan semula hala tuju negeri yang baharu,” katanya. – Bernama

-Sinar Harian

Tags: DUN SabahKerajaanmandatRakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

11/01/2026
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, meluahkan keprihatinan mendalam terhadap realiti negaranya yang kaya dengan sumber daya alam, namun masih...

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

04/12/2025
0

Kuala Lumpur: Bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses kandungan dalam talian, kerajaan dalam proses mengawal selia platform untuk menyekat pengguna bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd