• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Rentung Dalam Nahas Lori Muatan Debu Simen Di Lebuhraya Karak

oleh Mohd Arshad
06/10/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Pemandu Rentung Dalam Nahas Lori Muatan Debu Simen Di Lebuhraya Karak
Share on FacebookShare on Twitter

Pemandu Rentung Dalam Nahas Lori Muatan Debu Simen Di Lebuhraya Karak

Oleh Mynewshub | 6 Oktober 2025, 8:45 pagi

GOMBAK – Seorang lelaki maut dalam keadaan tragis apabila lori membawa muatan debu simen yang dipandunya terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 28 Lebuhraya Karak, arah dari Genting Sempah menuju Kuala Lumpur, awal pagi Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.21 pagi.

“Seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira 55 kilometer,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, setibanya pasukan bomba di lokasi pada jam 5.07 pagi, mereka mendapati lori berkenaan sedang terbakar kira-kira 60 peratus.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/10/1759725105452.mp4

“Pemandu lori, dikenali sebagai Muhammad Izzat Kamarudin, 28 tahun, ditemui rentung dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian,” katanya lagi.

Operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.12 pagi. Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

—

Gambar lokasi kejadian

Sumber: JBPM Selangor / Mynewshub

#mynewshub

Tags: kemalangan
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd