• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NHCCE 2025 Bawa Lebih 300 Pempamer, Himpun Pemimpin Dan Pakar Di Pentas ASEAN

oleh Damu
03/10/2025
dalam Berita
0
NHCCE 2025 Bawa Lebih 300 Pempamer, Himpun Pemimpin Dan Pakar Di Pentas ASEAN
Share on FacebookShare on Twitter

Lebih 300 pempamer dari dalam dan luar negara bakal berkumpul di Persidangan & Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2025, menjadikannya antara pameran terbesar yang pernah dianjurkan di Malaysia.

Acara ini dibuka kepada orang ramai secara percuma yang akan berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, pada 6 hingga 8 Oktober 2025.

Pameran ini menawarkan pelbagai peluang, daripada penerokaan teknologi baharu, model peningkatan kemahiran dan platform kesejahteraan, sehinggalah kepada peluang kerjaya melalui MyFutureJobs Career Fair.

Antara tarikan utama ialah Wellness Pavilion, Booster Area serta ujian personaliti interaktif bagi membantu pengunjung mengenali kekuatan diri mereka.

Selain ruang pameran, NHCCE 2025 menampilkan program rangkaian perniagaan BizMatch, sesi perkongsian idea seperti fireside chats, platinum spotlight oleh CEO global, serta siri Brown Bag Sessions yang membincangkan topik pertumbuhan, keterangkuman dan kelestarian.

Semua ini direka untuk memberikan pengalaman pembelajaran, jaringan serta inspirasi kepada pelbagai pihak dari organisasi besar hingga kepada individu yang ingin membina masa depan lebih mampan.

NHCCE 2025 yang dianjurkan oleh Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dengan sokongan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), turut menghimpunkan lebih 30 penceramah bertaraf dunia.

Antara yang bakal hadir termasuk ahli fizik dan futuris terkenal Dr. Michio Kaku, pengasas Mindvalley Vishen Lakhiani, bekas pelumba F1 David Coulthard, ikon sukan negara Datuk Nicol David, pakar strategi kepimpinan Dr. Shadé Zahrai, serta Datuk Seri Idris Jala, Mariana Atencio dan Jason Lai.

Bertemakan ‘Menerajui Revolusi Modal Insan’, NHCCE 2025 menjadi sebahagian daripada Tahun Kemahiran ASEAN (AYOS) 2025, selaras dengan Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.

Ia menekankan kepentingan kerjasama serantau dalam menangani cabaran tenaga kerja, jurang kemahiran serta peluang baharu dalam ekonomi digital dan hijau.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari www.hrdcorp.gov.my/nhcce.

Share212Tweet133SendShare

Related Posts

‘Tangkap Azam Baki 2.0’ Dijadual Ahad Ini Di Sogo Kuala Lumpur

‘Tangkap Azam Baki 2.0’ Dijadual Ahad Ini Di Sogo Kuala Lumpur

13/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu perhimpunan dikenali sebagai “Himpun dan Lawan: #TangkapAzamBaki” dijadual berlangsung pada Ahad, 15 Februari 2026, jam 4...

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

13/02/2026
0

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd