• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netanyahu Tarik Diri Hadiri Sidang Kemuncak Gaza Di Mesir Selepas Pemimpin Lain Membantah

oleh Mohd Arshad
14/10/2025
dalam Terkini
0
Netanyahu Tarik Diri Hadiri Sidang Kemuncak Gaza Di Mesir Selepas Pemimpin Lain Membantah
Share on FacebookShare on Twitter

SHARM EL-SHEIKH: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membuat pusingan-U diplomatik selepas beberapa pemimpin yang menghadiri sidang kemuncak Gaza di Mesir menolak kehadirannya.

Menurut tiga sumber kepada AFP, Netanyahu pada mulanya dijadual membuat lawatan mengejut ke mesyuarat di Sharm el-Sheikh, bandar peranginan di Laut Merah, selepas panggilan tiga hala bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

Namun, beliau menarik diri dengan alasan untuk menyelesaikan konflik ketika ini.

Kehadirannya dijangka mencetuskan kemungkinan Netanyahu bertembung dengan pegawai dari beberapa negara Arab yang tidak mengiktiraf Israel.

Antara pemimpin yang lantang menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza ialah Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Seorang penasihat kepada Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani, Ali al-Mousawi, memberitahu AFP bahawa delegasi Iraq akan memboikot sidang kemuncak itu jika Netanyahu hadir.

“Delegasi Iraq telah memaklumkan kepada pihak Mesir bahawa mereka tidak bersedia menyertai sidang serantau sekiranya Netanyahu hadir,” katanya.

“Iraq telah mengambil pendirian jelas dalam perkara ini dan telah menyatakan penolakannya kepada Mesir.

“Beberapa delegasi lain turut menyatakan hasrat untuk menarik diri jika Netanyahu menyertai.”

Beliau menambah Kaherah kemudian memaklumkan kepada Netanyahu bahawa beliau “tidak boleh diterima”, menyebabkan pembatalan penyertaannya.

Terdahulu, Pejabat Presiden Mesir mengesahkan kehadiran Netanyahu di sidang berkenaan, namun sekitar 40 minit kemudian, pejabat Netanyahu mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak dapat hadir.

Walaupun dijemput oleh Trump, Netanyahu tidak akan menyertai sidang berkenaan “disebabkan faktor masa”, kerana ia berlaku serentak dengan permulaan sambutan perayaan Yahudi, Simhat Torah, menurut kenyataan pejabatnya.

Sumber diplomatik Turkiye yang enggan dikenali memberitahu AFP: “Atas inisiatif Presiden Erdogan dan melalui usaha diplomatik Turkiye — dengan sokongan beberapa pemimpin lain — Netanyahu akhirnya tidak hadir ke mesyuarat itu.”

Menurut laporan media Turkiye, Erdogan mendapat tahu mengenai kehadiran Netanyahu ketika dalam penerbangan ke Sharm el-Sheikh, dan kapalnya berlegar di ruang udara Laut Merah tanpa mendarat sehingga disahkan Netanyahu tidak akan hadir.

Sumber diplomatik lain pula berkata, beberapa negara panik apabila mendengar berita tentang kedatangan Netanyahu.

“Kebanyakan mereka tidak mahu dirakam bergambar bersama Netanyahu di sidang itu,” kata sumber itu, yang menjelaskan ia mendorong pembatalan penyertaannya.

Semasa panggilan tiga hala antara Trump, Sisi dan Netanyahu sebelum itu, Trump menegaskan mahu Netanyahu hadir, sementara Sisi dilaporkan enggan menampakkan seolah-olah beliau berselisih pandangan dengan Presiden AS, jelas sumber berkenaan.

-AFP

Tags: Benjamin NetanyahuIsraelPalestinSidang Kemuncak Gaza
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

31/01/2026
0

30 Januari 2026/MYNEWSHUB  PRETORIA – Kerajaan Afrika Selatan mengisytiharkan Wakil Tetap Sementara (Chargé d’Affaires) Israel sebagai persona non grata (orang...

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd