• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Galak Pemakaian Pelitup Muka, Pantau Rapi Kes Influenza Di Sekolah

oleh Mohd Arshad
11/10/2025
dalam Terkini
0
KPM Galak Pemakaian Pelitup Muka, Pantau Rapi Kes Influenza Di Sekolah
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan pemakaian pelitup muka di sekolah sebagai langkah berjaga-jaga susulan peningkatan gejala penyakit berjangkit, influenza dalam kalangan murid dan guru di semua negeri.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementerian telah mengeluarkan peringatan kepada semua jabatan pendidikan negeri, termasuk pengarah dan kepimpinan tertinggi KPM untuk mematuhi garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita sedang memantau sepenuhnya gejala ini dan telah peringatkan kepada semua negeri khususnya pengarah-pengarah dan juga peringkat kepimpinan tertinggi KPM untuk mengambil langkah-langkah yang telahpun ditetapkan di bawah garis panduan kita,” katanya kepada media selepas menghadiri Projek Penempatan Semula Ladang Byram di sini pada Sabtu.

Menurutnya, garis panduan tersebut dirangka selaras dengan pedoman Kementerian Kesihatan (KKM) yang menekankan aspek kesihatan, keselamatan dan kebersihan di sekolah.

“Selain itu, kita mengambil langkah-langkah termasuk menjaga kesihatan, keselamatan dan kebersihan di sekolah.

“Seterusnya, menggalakkan pemakaian pelitup muka di sekolah,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM turut mengambil maklum mengenai beberapa kes jangkitan yang dilaporkan namun menegaskan keadaan masih terkawal

“Yang dijangkiti itu ada. Setakat ini masih lagi di peringkat terkawal dan kita akan memantau anak-anak kita ini dari semasa ke semasa, termasuk guru-guru juga,” tambah beliau.

Fadhlina berkata lagi, warga sekolah terdiri daripada komuniti besar yang melibatkan murid dan tenaga pengajar, justeru semua pihak perlu berwaspada dan mematuhi langkah pencegahan yang ditetapkan.

“Bukan sahaja keselamatan dan kesihatan anak-anak, tetapi juga warga guru kita.

“Kita ambil maklum semua itu dan meminta pentadbir untuk mengambil langkah berjaga-jaga serta langkah keselamatan bagi mengelak penularan berdasarkan SOP,” katanya.

Fadhlina turut menegaskan bahawa keputusan menutup sekolah hanya akan dipertimbangkan selepas semua langkah pencegahan dilaksanakan mengikut prosedur.

“Berdasarkan SOP kita, kita akan ikut semua langkah-langkah tersebut dahulu sebelum kita isytihar sama ada tutup (sekolah) atau sebagainya kerana langkah-langkah itu mesti dipatuhi untuk memastikan kita dapat mengawal penularan jangkitan,” katanya.

KKM sebelum ini melaporkan lonjakan mendadak sebanyak 97 kluster influenza direkodkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 40/2025, berbanding hanya 14 kluster pada minggu sebelumnya.

Menurut KKM, peningkatan ketara itu kebanyakannya berlaku di institusi pendidikan, menjadikan sekolah antara lokasi utama penularan influenza ketika ini.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 32 kluster dikesan di sekolah menengah, 26 di sekolah rendah, 15 di tadika dan sembilan di sekolah swasta.

Lima negeri yang mencatat jumlah kluster tertinggi ialah Selangor dengan 43 kluster, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (15), Pulau Pinang (10), Johor (9) serta Kedah (5).

-Sinar Harian

Tags: InfluenzaKPMpelitup mukaSekokah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini...

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd