• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

oleh Mohd Arshad
12/10/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan sokongan emosi serta psikososial susulan kes rogol yang membabitkan empat pelajar lelaki Tingkatan 5 di sekolah itu, minggu lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata langkah berkenaan sebagai usaha untuk memastikan semua calon peperiksaan berkenaan dapat memberikan sepenuh tumpuan dan melakukan persediaan terbaik menjelang peperiksaan yang dijadual bermula 3 November ini.

“Kumpulan kaunselor akan turun memberikan sokongan penuh kepada warga sekolah dan pelajar (calon SPM) kerana sekolah berkenaan adalah antara yang menunjukkan prestasi terbaik di Melaka.

“Tumpuan penuh akan diberikan kepada guru serta calon SPM, itu yang kita utamakan ketika ini termasuk dari segi persiapan mereka untuk menghadapi peperiksaan supaya mereka tidak terganggu dengan kes ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan khas bersama EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman serta Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Bukit Beruang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad dan Pengarah Pendidikan negeri, Mahfudzah Mohamed Noor.

Semalam, empat pelajar Tingkatan 5 direman enam hari sehingga 16 Oktober ini bagi membantu siasatan kes rogol ke atas seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 dalam kelas sebuah sekolah di Alor Gajah, minggu lalu.

Perintah tahanan reman yang dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, SR Arthana terhadap semua suspek lelaki berusia 17 tahun yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol secara berkumpulan.

Sementara itu, Fadhlina berkata memaklumkan empat pelajar yang disyaki terbabit dalam kes rogol seorang pelajar perempuan di sekolah menengah itu akan tetap menduduki peperiksaan SPM pada 3 November depan.

Katanya, keputusan itu dibuat sebagai usaha untuk memastikan aspek pendidikan pelajar terbabit tidak terganggu meskipun berkemungkinan terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa susulan kes berkenaan.

Beliau berkata, tindakan undang-undang terhadap mereka sudah diserahkan sepenuhnya kepada polis, manakala kementeriannya memberi tumpuan kepada aspek disiplin, ekosistem sekolah serta sokongan emosi dan psikososial kepada semua pihak yang terbabit.

“Serentak dengan itu, kita juga mahu masyarakat memahami kes ini membabitkan individu bawah umur dan dilindungi undang-undang dari segi maklumat peribadi, justeru, ibu bapa serta masyarakat perlu lebih cakna dan berhati-hati apabila membincangkan kes seperti ini,” katanya.

BHonline-

Tags: Fadhlina Sidekkes rogolKPM
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini...

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd