• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pelajar Maut Ditikam: KPM Tubuh Jawatankuasa Khas

oleh Mohd Arshad
14/10/2025
dalam Terkini
0
Kes Pelajar Maut Ditikam: KPM Tubuh Jawatankuasa Khas
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi memastikan semua aspek berhubung kes seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut ditikam pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah dapat disiasat secara tuntas, telus dan adil.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, kes terbabit sedang berada dalam siasatan polis dan KPM akan memberi kerjasama penuh dalam proses siasatan.

“KPM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga murid yang kematian kerana ditikam di sebuah sekolah di Selangor hari ini.

“Semoga keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah, maut selepas dipercayai ditikam seorang pelajar lelaki, pagi hari ini.

Sumber berkata, kejadian dikatakan sekitar 9.30 pagi, yang mana suspek, iaitu pelajar lelaki Tingkatan Dua dipercayai membawa senjata tajam, dipercayai pisau ke sekolah.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, pasukan kaunselor dan guru bimbingan sudah digerakkan untuk melaksanakan intervensi psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah berkenaan.

-Harian Metro

Tags: jawatankuasa khasKes Pelajar Maut DitikamKPM
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini...

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd