• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Buat Keputusan Kes Berkaitan KPM Termasuk Rogol, Bunuh, Esok – PM

oleh Mohd Arshad
16/10/2025
dalam Terkini
0
Kabinet Buat Keputusan Kes Berkaitan KPM Termasuk Rogol, Bunuh, Esok – PM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kabinet akan membuat keputusan esok, mengenai beberapa insiden membabitkan Kementerian Pendidikan (KPM), termasuk kes rogol seorang pelajar di sebuah sekolah di Melaka dan kes pelajar lelaki menikam rakan sekolahnya hingga mati di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara berkenaan akan dibincangkan secara terperinci pada mesyuarat Kabinet.

“Esok kita akan bincang dalam Kabinet, secara terperinci. Saya sudah berbincang secara ringkas dengan menteri dan beberapa pihak. Kita akan buat keputusan esok,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Perasmian Bersama Mesyuarat ke-43 Menteri Tenaga ASEAN dan Mesyuarat Berkaitannya serta Forum Perniagaan Tenaga ASEAN 2025 di sini, hari ini.

KPM berdepan kritikan sejak dua minggu lalu susulan tiga kejadian membabitkan dua kes rogol dan satu kes pelajar maut ditikam di sekolah.

Terdahulu hari ini, dua daripada empat pelajar lelaki yang disyaki terbabit dalam kes rogol seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Melaka minggu lalu didakwa di Mahkamah Juvana Alor Gajah.

Kedua-dua tertuduh berusia 17 tahun yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadapkan atas tiga pertuduhan membabitkan kesalahan rogol secara berkumpulan, persetubuhan bertentangan aturan tabii dan melakukan amang seksual fizikal.

Sementara itu, pada Selasa lalu, seorang pelajar perempuan 16 tahun maut ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu berlaku di kawasan tandas pelajar perempuan.

Dalam kejadian terbaru pula, empat remaja termasuk tiga pelajar sekolah ditahan kerana disyaki merogol berkumpulan seorang pelajar lain di Baling, Kedah dan berkongsi rakaman bogel mangsa secara dalam talian.

Siasatan awal mendapati keempat-empat suspek terbabit dalam perbuatan seks, termasuk melakukan seks berkumpulan dari Mei hingga Ogos di beberapa bilik darjah di sekolah itu.

BHonline-

Tags: kabinetKPM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini...

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd