• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gencatan Senjata: Israel, Hamas Capai Kata Sepakat Dalam ‘Kebanyakan’ Perkara – Trump

oleh Mohd Arshad
11/10/2025
dalam Terkini
0
Gencatan Senjata: Israel, Hamas Capai Kata Sepakat Dalam ‘Kebanyakan’ Perkara – Trump
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata Israel dan Hamas telah mencapai persetujuan terhadap “kebanyakan” perkara dalam pelan gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicadangkannya bagi Gaza, walaupun beliau mengakui terdapat cabaran dalam pelaksanaannya, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Terdapat konsensus terhadap kebanyakan perkara dan beberapa perincian lain akan diselesaikan kemudian seperti biasa.

“Kadang-kadang apabila anda duduk di bilik yang indah di Mesir, semuanya kelihatan mudah untuk diselesaikan, tetapi dari segi pelaksanaan di lapangan, ia boleh menjadi lebih sukar,” katanya di Pejabat Oval.

Trump turut memaklumkan beliau bercadang melawat Israel dan Mesir bagi menandakan kejayaan pelan yang akan menamatkan serangan Israel ke atas wilayah Palestin itu sejak dua tahun lalu.

“Saya akan ke sana… Saya fikir saya akan ke Kaherah. Saya rasa itulah destinasi kita, bukan lokasi upacara menandatangani perjanjian,” katanya sambil menambah ramai pemimpin dunia dijemput menghadiri majlis itu.

Perjanjian gencatan senjata Gaza itu dicapai antara Israel dan Hamas pada awal Khamis di bandar Laut Merah Mesir, Sharm el-Sheikh.

Pelan 20 perkara yang diumumkan Trump pada 29 September itu merangkumi pembebasan semua tawanan Israel dengan pertukaran tahanan Palestin, pelaksanaan gencatan senjata kekal, pelucutan senjata Hamas dan usaha membina semula Gaza.

Sejak Oktober 2023, serangan Israel mengorbankan hampir 67,000 penduduk Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Israel telah meluluskan “fasa pertama” pelan gencatan senjata itu, manakala pemimpin Hamas, Khalil al-Hayya berkata kumpulannya telah menerima jaminan bahawa perjanjian itu menandakan “tamat sepenuhnya peperangan di Gaza.”

-Bernama/Anadolu

Tags: Donald Trumpgencatan senjataHamasIsrael
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

31/01/2026
0

30 Januari 2026/MYNEWSHUB  PRETORIA – Kerajaan Afrika Selatan mengisytiharkan Wakil Tetap Sementara (Chargé d’Affaires) Israel sebagai persona non grata (orang...

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd