• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

oleh Mohd Arshad
23/10/2025
dalam Terkini
0
Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki ibu negara sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, bermula 26 hingga 28 Oktober ini jika tiada urusan mustahak.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata penutupan dan lencongan jalan secara berkala akan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi melancarkan perjalanan delegasi luar negara ke sidang itu.

Menurutnya, penutupan jalan dilaksanakan secara berperingkat bermula 17 Oktober lalu dan akan dipertingkatkan sepanjang sidang kemuncak itu, terutama ketika berlangsungnya majlis-majlis rasmi.

“Justeru, orang ramai disarankan untuk mengelak kawasan pusat bandar tanpa urusan penting, merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan pengangkutan awam.

“Kerjasama orang ramai amat dihargai bagi memastikan kelancaran pergerakan sepanjang tempoh persidangan,” katanya pada sidang media Raptai Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Mohd Khalid berkata, laluan yang terkesan terutama sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur seperti Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang dan Persiaran KLCC.

Beberapa lebuh raya turut terbabit, iaitu Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Guthrie Corridor Expressway (GUTHRIE).

Mohd Khalid turut menegaskan tindakan tagas tanpa kompromi akan diambil sekiranya ada yang cuba menimbulkan gangguan sepanjang sidang itu berlangsung.

“PDRM akan mengambil langkah mengikut peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu keamanan. Selain itu, masyarakat dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap keselamatan diri dan persekitaran serta segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis,” katanya.

-Berita Harian

Tags: ASEANklKPNSidang Kemuncak ASEAN Ke-47
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd