• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Beranak Maut, Tiga Cedera Nahas Di Simpang Renggam

oleh Mohd Arshad
26/10/2025
dalam Terkini
0
Dua Beranak Maut, Tiga Cedera Nahas Di Simpang Renggam
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Ibu dan anak lelakinya maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 65, Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam, berhampiran Simpang Renggam, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan berlaku kira-kira 5.30 petang membabitkan kereta jenis Perodua Kancil, van kilang jenis Mazda dan pacuan empat roda (4×4) Toyota Hilux.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati Perodua Kancil yang dipandu wanita berusia 51 tahun bersama dua anak lelakinya berusia 15 tahun dan sembilan tahun dalam perjalanan dari Simpang Renggam menuju ke Kampung Bukit Kenangan sebelum berhenti untuk membelok ke simpang kanan.

“Van kilang yang dipandu lelaki berusia 53 tahun dari arah sama dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang kereta berkenaan.

“Akibat pelanggaran itu, Perodua Kancil terbabas ke laluan bertentangan sebelum dilanggar Toyota Hilux yang dipandu lelaki tempatan berusia 62 tahun. Van itu turut melanggar kenderaan 4 x 4 terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bahrin berkata, pemandu Perodua Kancil dan penumpang hadapan iaitu anak lelakinya, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan, manakala penumpang belakang cedera parah di kepala dan kaki kiri.

Katanya, pemandu van kilang mengalami kecederaan di muka, dada dan kaki kanan, manakala pemandu kenderaan 4 x 4 hanya cedera ringan di badan serta tangan kanan.

“Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Rulijah Ahmad, 51, dan Salam Norazli, 15.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di tempat kejadian.

“Seorang lagi penumpang kereta Perodua Kancil iaitu kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun, Osama Norazli, mengalami kecederaan.

“Pemandu van kilang, B. Chandran, 53, turut cedera, manakala pemandu Toyota Hilux, seorang lelaki dewasa dibawa orang awam ke klinik berhampiran sebelum pasukan penyelamat tiba,” katanya.

-Harian Metro

Tags: kemalanganSimpang Renggam
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd