• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

oleh Mohd Arshad
03/10/2025
dalam Jenayah
0
Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ketua Polis Daerah Temerloh, Pemangku Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, kedua-dua suspek itu ditahan dalam satu serbuan kira-kira jam 7.05 malam di sebuah bangsal di kawasan perindustrian di Mentakab di sini pada Jumaat.

Menurutnya, suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun dan lelaki warga Kemboja berusia 28 tahun.

“Semasa proses serbuan dan tangkapan, kedua-dua lelaki tersebut cuba melarikan diri namun berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek lelaki tempatan, polis menemui sejumlah dadah disyaki jenis syabu di dalam poket seluar yang dipakai, manakala pemeriksaan dalam bangsal tersebut pula menemukan peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri kabel termasuk mesin pengisar,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Ujar beliau, kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian saringan air kencing dijalankan.

“Lelaki tempatan itu mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan telah dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh pada Selasa atas kesalahan Seksyen 39(A)1 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Lelaki warga Kemboja terbabit turut ditahan mengikut Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen sah dan direman sehingga 10 Oktober ini,” katanya.

Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam beberapa kes curi kabel bersama dua lagi individu yang dikenali sebagai ‘Musang’ dan ‘Sepet’ yang masih bebas.

“Polis turut merampas seluar jeans, beg berwarna merah, satu paket lutsinar berisi dadah syabu seberat 5.16 gram dan satu set mesin pengisar.

“Kertas siasatan berkaitan kes ini juga telah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya Pahang pada 1 Oktober lalu untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Terdahulu, lapan lelaki berusia 29 hingga 45 tahun telah ditahan antara 10 hingga 14 September lalu disyaki terlibat mencuri dan menjual kabel ECRL.

-Sinar Harian

Tags: curi kabelECRLpolisTahan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

02/02/2026
0

Kuala Lumpur: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta di tempat awam di Jalan Taman Intan...

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd