• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Tentera Maut, Trak Terjunam Dalam Gaung Dekat Terowong Menora

oleh Mohd Arshad
01/10/2025
dalam Terkini
0
Anggota Tentera Maut, Trak Terjunam Dalam Gaung Dekat Terowong Menora
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut selepas trak dinaiki bersama enam yang lain terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 257 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora di sini pada Rabu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.59 petang.

Menurutnya, daripada tujuh mangsa yang berada dalam trak, lima berjaya dikeluarkan sebelum ketibaan bomba, manakala dua lagi tersepit di bahagian belakang.

“Mangsa pertama dikeluarkan pada jam 5.54 petang dan disahkan meninggal dunia.

“Manakala mangsa kedua pula dikeluarkan pada jam 6.14 petang dalam keadaan cedera,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Operasi disertai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar serta Meru Raya itu dikawal sepenuhnya pada jam 6.14 petang,” katanya.

Difahamkan, keadaan di lokasi semasa kejadian adalah hujan. Bagaimanapun, nahas itu tidak melibatkan kenderaan lain.

-Sinar Harian

Tags: Anggota Tenteragaungkemalanganterowong menora
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd