• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AGC Terima Representasi CEO GISBH, 21 Pemimpin Tertingginya Berkaitan Pertuduhan Jadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang Sejak 2020.

oleh Mohd Arshad
30/10/2025
dalam Terkini
0
AGC Terima Representasi CEO GISBH, 21 Pemimpin Tertingginya Berkaitan Pertuduhan Jadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang Sejak 2020.
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG: Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali dan 21 pemimpin tertinggi perniagaan itu berkaitan pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020.

Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hashim, berkata representasi diterima itu membabitkan semua 22 tertuduh.

“Representasi itu sudah diteliti pada peringkat tertinggi dan pihak pendakwaan menerima serta menawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966,” katanya ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang, di sini, hari ini.

Peguam mewakili semua tertuduh, Datuk Rosli Kamaruddin memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes dalam masa terdekat.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 November ini bagi tarikh sebutan kes dan membaca semula pertuduhan pilihan terhadap semua tertuduh.

Ketika ditemui selepas prosiding berkenaan, Rosli berkata, pihaknya menghantar representasi bagi semua tertuduh pada 26 Mei lalu.

“Dalam representasi itu, kami mohon AGC dapat mengkaji semula pertuduhan yang dihadapi mereka.

“Ini termasuk mencadangkan pertuduhan kepada seksyen dan hukuman lebih rendah.

“Pada masa sama, kami juga berbincang dengan semua tertuduh dan dimaklumkan mereka bersetuju menerima pertuduhan (pilihan) itu,” katanya.

Pada 23 Oktober 2024, Nasiruddin, 66, isterinya, Azura Md Yusof; 58, anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asa’ari, 33, dan 19 pemimpin tertinggi perniagaan itu didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, masing-masing atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020 lalu.

Mereka ialah lapan tertuduh wanita iaitu Hamimah, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45; Mahani Kasim, 55; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nurul Jannah Idris, 29; dan Nur Jannah Omar, 33.

Sementara itu, 11 tertuduh lelaki lain ialah Hasnan Abd Hamid, 54; Mohd Shukri Mohd Noor, 54; Mokhtar Tajuddin, 61; Shuhaimi Mohamed, 57; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd Fazil Md Jasin, 58; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35; Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35; dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.

Mengikut pertuduhan, mereka didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di sebuah tempat di Jalan Desa, Bandar Country Homes, Rawang, antara Oktober 2020 hingga 11 September 2024.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun.

BHonline–

Tags: AGCahli kumpulan jenayah terancangGISBH
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Keputusan Mohon DNAA Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang-undang – AGC

Keputusan Mohon DNAA Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang-undang – AGC

22/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan bahawa keputusan untuk memohon melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri...

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

12/12/2025
0

LANGKAWI: Keputusan pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd