• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

154 Tahanan Palestin Dibebaskan Tetapi Dibuang Negeri

oleh Mohd Arshad
14/10/2025
dalam Terkini
0
154 Tahanan Palestin Dibebaskan Tetapi Dibuang Negeri
Share on FacebookShare on Twitter

RAMALLAH: Kegembiraan keluarga tahanan Palestin yang dibebaskan oleh Israel di bawah perjanjian pertukaran bertukar duka apabila mengetahui orang yang mereka sayangi akan diusir ke negara ketiga, lapor Al Jazeera.

Pejabat Media Tahanan Palestin memaklumkan, sekurang-kurangnya 154 tahanan Palestin yang dibebaskan pada Isnin sebagai sebahagian daripada pertukaran dengan tahanan Israel di Gaza, akan dipaksa hidup dalam buangan oleh Israel.

Mereka yang bakal diusir adalah sebahagian daripada tahanan Palestin yang dibebaskan oleh Israel, merangkumi 250 individu yang ditahan di penjara Israel bersama-sama kira-kira 1,700 rakyat Palestin yang ditangkap dari Gaza sepanjang dua tahun perang Israel.

Sebagai balasan, Hamas dan kumpulan Palestin lain membebaskan 20 tahanan Israel di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.

Masih tiada butiran lanjut mengenai lokasi tahanan Palestin yang dibebaskan itu akan dihantar, namun dalam pembebasan tahanan sebelum ini pada Januari, berpuluh-puluh tahanan diusir ke negara serantau termasuk Tunisia, Algeria dan Turkiye.

Pemerhati menyifatkan pengusiran paksa itu sebagai pelanggaran haram terhadap hak kewarganegaraan tahanan yang dibebaskan dan menunjukkan amalan standard dwilapis dalam perjanjian pertukaran itu.

Profesor madya dalam dasar awam di Institut Pengajian Siswazah Doha, Tamer Qarmout, menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.

“Ia haram kerana mereka ini ialah warganegara Palestin. Mereka tiada kewarganegaraan lain. Mereka keluar dari penjara kecil tetapi dihantar ke penjara lebih besar, jauh dari masyarakat mereka ke negara baharu di mana mereka akan menghadapi sekatan besar,” katanya kepada Al Jazeera.

Dalam pada itu, saudara kepada tahanan Muhammad Imran, iaitu Raed Imran berkata, keluarganya terkejut apabila mendapat tahu Muhammad, 43, adalah antara yang akan diusir walaupun sebelum ini dimaklumkan sebaliknya oleh perisikan Israel.

“Berita hari ini amat mengejutkan tetapi kami masih menanti. Mungkin kami akan dapat bertemu dengannya nanti. Apa yang penting ialah dia dibebaskan, sama ada di sini atau di luar negara,” katanya.

Menurut Qarmout, pengusiran itu bertujuan menghalang Hamas daripada mendakwa sebarang kemenangan simbolik serta menamatkan masa depan politik tahanan terbabit.

“Hidup dalam buangan bermakna tamatnya masa depan politik mereka. Di negara yang mereka tuju, mereka akan berdepan kekangan yang ketat, jadi mereka tidak akan dapat aktif dalam mana-mana barisan berkaitan konflik itu.

“Ia situasi menang-menang untuk Israel,” katanya sambil membezakan pengalaman mereka dengan tahanan Israel yang dibebaskan yang akan dapat menyambung semula kehidupan mereka di Israel.

-Berita Harian

Tags: Buang NegeriIsraelPalestinTahanan Palestin
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

31/01/2026
0

30 Januari 2026/MYNEWSHUB  PRETORIA – Kerajaan Afrika Selatan mengisytiharkan Wakil Tetap Sementara (Chargé d’Affaires) Israel sebagai persona non grata (orang...

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd