• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zara Cedera Luaran, Dalaman Bermula Pergelangan Kaki Hingga Belakang Kepala – Dr Jessie

oleh Mohd Arshad
04/09/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Zara Cedera Luaran, Dalaman Bermula Pergelangan Kaki Hingga Belakang Kepala – Dr Jessie
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengalami kecederaan luaran dan dalaman bermula dari pergelangan kaki hingga di belakang kepala ketika pemeriksaan selepas ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu.

Kedudukan kecederaan itu ditunjukkan Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu melalui patung yang dibawa pihak peguam ke Mahkamah Koroner petang ini bagi menggambarkan kecederaan dikesan di tubuh arwah Zara Qairina.

Berdasarkan kedudukan ditunjukkan Dr Jessie pada patung di Mahkamah Koroner, kecederaan atau lebam dikesan di belakang kepala, pergelangan tangan, jari dan tapak tangan kiri, belakang tangan dan siku kiri, pergelangan kaki kanan serta kaki kiri.

Beliau turut menunjukkan kedudukan kecederaan dalaman yang dikesan di bahagian tulang belakang, selain ada kesan lebam di bahagian hadapan badan.

Dr Jessie menjelaskan, arwah mengalami dua impak akibat jatuh bermula dengan kecederaan di bahagian kaki, disusuli kecederaan di belakang kepala dan tangan kiri melalui impak kedua.

Katanya, ketika jatuh, kaki arwah mencecah tanah terlebih dahulu dan impak pertamanya menyebabkan kecederaan bermula pada bahagian kaki dan ke atas.

“Selepas itu, dia rebah ke kiri badan menyebabkan impak kedua, cedera di pergelangan tangan kiri dan belakang kepala,” katanya menjawab pertanyaan peguam mewakili ibu arwah Zara Qairina, Rizwandean M Borhan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Dr Jessie mengambil masa lebih setengah jam menanda lokasi kecederaan pada patung dan menjelaskannya kepada Mahkamah Koroner ketika prosiding bermula pada kira-kira jam 2.10 petang.

Terdahulu pihak peguam meminta kebenaran Koroner untuk menggunakan patung berkenaan yang dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan gambaran kedudukan kecederaan pada anggota tubun arwah Zara Qairina.

Pada prosiding itu, Mahkamah Koroner turut ditunjukkan gambar arwah Zara Qairina ketika mula-mula ditemui tidak sedarkan diri terbaring di bawah bangunan asrama dengan belakang kepalanya di atas lantai simen berhampiran longkang.

BHonline-

Tags: Kes Zara Qairina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

01/12/2025
0

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir menitiskan air matanya sebanyak dua kali ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd