• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘YB Jumpa Menteri Dan Minta Maaf Ya’ – Dr Akmal

oleh Mohd Arshad
10/09/2025
dalam Terkini
0
‘YB Jumpa Menteri Dan Minta Maaf Ya’ – Dr Akmal
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong digesa memohon maaf kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) susulan kenyataannya berhubung isu kemasukan seorang pelajar cemerlang ke universiti awam.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata tindakan Ka Siong menyalahkan sistem yang dianggap sudah rosak adalah satu tuduhan yang tidak patut dan mencemarkan nama baik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Bila baca kenyataan awal daripada YB (Yang Berhormat Wee Ka Siong) saya pun terasa kasihan kenapa adik yang dapat keputusan yang baik ini tidak dapat tawaran belajar seperti yang diidamkan.

“Tetapi akhirnya cerita yang sebenar adalah adik ini bukan tidak pandai, memang dia pandai tetapi ada lebih ramai yang sangat pandai dan layak berbanding adik ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, pelajar berkenaan mendapat merit 99.9 peratus tetapi hakikatnya ada lebih ramai pelajar Malaysia yang dapat merit 100 peratus dan tempat adalah terhad di Universiti Malaya.

“Apabila YB menyalahkan sistem yang sudah rosak, saya menganggap itu adalah satu tuduhan yang tidak patut dan mencemarkan nama baik KPT.

“Kita mendesak supaya YB dapat menyatakan permohonan maaf kepada KPT yang saya berasakan penjawat awam mereka sudah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sangat baik tanpa ada rasa prejudis kepada mana-mana golongan dan itulah yang diterapkan kepada penjawat awam kita.

“Kalau malu nak minta maaf secara terbuka, YB jumpalah Menteri Pendidikan Tinggi dan minta maaf ya,” katanya.

Semalam, menerusi satu sidang media Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam mendakwa seorang pelajar cemerlang tidak menerima tawaran ke program pengajian perakaunan di UM walaupun memperoleh keputusan yang baik.

Bagaimanapun, penjelasan lanjut daripada KPT mendapati calon itu sebenarnya memiliki merit 99.9 peratus, namun persaingan sengit berlaku apabila terdapat lebih ramai pelajar memperoleh merit 100 peratus sedangkan kapasiti tempat adalah terhad.

Calon itu berada di kedudukan 1,129 dan UM hanya menyediakan 85 tempat untuk diisi.

BHonline-

Tags: Datuk Dr Muhamad Akmal SalehWee Ka Siong
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

AGC Sahkan Akan Dakwa Dr Akmal, Hilman Susulan Kenyataan Menggugat Ketenteraman Awam

AGC Sahkan Akan Dakwa Dr Akmal, Hilman Susulan Kenyataan Menggugat Ketenteraman Awam

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan beberapa individu termasuk Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh serta Ketua...

Anak Jantan Hadir Sendiri Bersama Rakyat Bukan Duduk Dalam Hotel – Dr Akmal

Anak Jantan Hadir Sendiri Bersama Rakyat Bukan Duduk Dalam Hotel – Dr Akmal

06/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, 'mengotakan' janjinya untuk hadir ke Istana Kehakiman, di Putrajaya hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd