• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Putuskan Calon PM ke-11 Gabungan Parti Itu Minggu Depan

oleh Mohd Arshad
15/09/2025
dalam Politik
0
PN Putuskan Calon PM ke-11 Gabungan Parti Itu Minggu Depan
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi membincangkan calon Perdana Menteri (PM) selain usul yang mahukan PAS memimpin gabungan parti itu.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PAS sebagai komponen terbesar dalam gabungan itu berhak mencalonkan nama yang difikirkan sesuai menjadi PM ke-11.

“Perkara ini adalah hak PAS untuk mencalonkan sesiapa, baik sebagai Pengerusi PN mahupun calon Perdana Menteri. Dan mereka sudah suarakan pandangan itu di muktamar ini manakala BERSATU pula pada Perhimpunan Agung lalu.

“Apa yang penting, kita akan panggil mesyuarat Majlis Tertinggi PN dalam minggu hadapan untuk membincangkan perkara ini sebelum diputuskan,” katanya selepas menghadiri perasmian Muktamar Tahunan Pas Kali ke-71 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini hari ini.

Dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Jumaat lalu, terdapat usul mendesak agar parti itu memimpin PN selain mempunyai calon PM dalam menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Malah, usul itu turut dipersetujui secara peribadi oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas pada Sabtu lalu.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan wujud ketegangan antara PAS dan BERSATU ketika ini, Muhyiddin menegaskan hubungan kedua-dua parti kekal akrab dan tidak pernah berdepan masalah sepanjang tujuh tahun menjalin kerjasama.

“PAS dan BERSATU mesra, cukup mesra. Mungkin ada pihak yang tidak suka kerana kita rapat, tetapi bagi saya perjalanan selama tujuh tahun ini sangat baik.

“Kita sudah cipta kejayaan besar termasuk memenangi banyak kerusi pada PRU lalu dan kerjasama di Parlimen juga sangat baik selain Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin turut mendapat sokongan penuh semua Ahli Parlimen PN.

“Hubungan baik PN tidak hanya di peringkat tertinggi, malah turut terjalin erat di peringkat bahagian serta akar umbi,” katanya.

BHonline-

Tags: calon perdana menteriPN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd