• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan Empat Panggil, Soal Zara Qairina Dituduh Mencuri – Saksi Inkues

oleh Mohd Arshad
12/09/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Pelajar Tingkatan Empat Panggil, Soal Zara Qairina Dituduh Mencuri – Saksi Inkues
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini, hari ini, diberitahu bahawa terdapat cakap-cakap dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha mengenai dakwaan kes curi yang dikaitkan dengan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir sebelum kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

Saksi keenam inkues kes kematian arwah, Linah Mansoding, berkata pelajar sekolah itu pernah bercakap mengenai Zara Qairina dituduh mencuri barang milik seorang pelajar yang dirujuk sebagai A.

Pada prosiding sebelah pagi, Linah yang juga pengawal keselamatan di sekolah itu berkata, A memaklumkan kepada beliau pada 15 Julai lalu bahawa dia kehilangan dompetnya.

“Dia (A) memberitahu yang dompet itu berada dalam begnya pada sebelah pagi tetapi sudah hilang ketika malam.

“Dikatakan ada wang tunai RM300 dan kad bank di dalam dompet itu. Bagaimanapun, dia tidak cakap siapa yang mencuri dompetnya,” kata Linah sambil memaklumkan bahawa beliau telah menasihati A bahawa pelajar sepatutnya meminta bantuan warden untuk menjaga keselamatan wang mereka.

Peguam, Shahlan Jufri yang mewakili keluarga Zara Qairina, menyoal Linah berhubung dakwaan kecurian itu di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Linah turut memberitahu mahkamah bahawa A telah melaporkan kepada pelajar senior berhubung dakwaan kehilangan dompetnya.

Berikutan itu, beliau berkata, seorang daripada warden dikenali sebagai Ustaz Rizani mengambil langkah susulan mengenai dakwaan itu, termasuk bercakap dengan dua pelajar serta menemu bual beberapa yang lain secara individu.

“Apabila Zara dituduh mencuri, pelajar Tingkatan Empat memanggil dan menyoalnya,” katanya.

Shahlan: Dalam ramai-ramai pelajar, kenapa Zara yang dituduh?

Linah: Saya pun tidak tahu kenapa.

Dalam pada itu, saksi terbabit memaklumkan bahawa sejak sesi persekolahan 2025 bermula pada Mac lalu, beliau hanya berinteraksi sebanyak dua kali dengan arwah – setelah melihat rakaman video TikTok Zara Qairina serta ketika beliau melarangnya berada di kawasan dobi selepas waktu tengah malam.

Berhubung video TikTok terbabit, Linah berkata, beliau ada bertanya kepada Zara Qairina mengenai siapa perempuan yang arwah menyesal berjumpa sebagaimana dinyatakan dalam rakaman itu, namun Zara Qairina enggan menceritakan lanjut.

Allahyarhamah Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada keesokannya.

BHonline-

Tags: Kes Zara Qairinapelajar tingkatan empat
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

01/12/2025
0

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir menitiskan air matanya sebanyak dua kali ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd