• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Senior Dakwa Bangun Awal Mahu Cuci Pakaian, Individu Pertama Temui Zara Qairina Tidak Sedarkan Diri – Saksi

oleh Mohd Arshad
12/09/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Pelajar Senior Dakwa Bangun Awal Mahu Cuci Pakaian, Individu Pertama Temui Zara Qairina Tidak Sedarkan Diri – Saksi
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan bertugas ketika insiden membabitkan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pada 16 Julai lalu, memberitahu Mahkamah Koroner di sini, hari ini, bahawa seorang pelajar senior mendakwa bangun awal kerana mahu mencuci pakaian.

Linah Mansoding @ Jaliha, 65, berkata pelajar senior itu adalah individu pertama yang menjumpai Zara Qairina berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepadanya.

Saksi yang juga ibu kepada empat anak itu berkata demikian ketika disoal peguam, Joan Goh yang mewakili seorang daripada remaja didakwa membuli si mati, pada hari ketujuh inkues kes kematian pelajar Tingkatan Satu terbabit.

Goh: Apabila pelajar senior itu berlari mencari puan, ketika itu, puan tahu dia di mana? Maksud saya, pada kali pertama pelajar itu nampak arwah.

Linah: Kira-kira jam 3 pagi… dia cakap dengar macam benda jatuh, dia mahu cuci kain… dia bangun awal sebab panjang giliran, dia mahu cuci kain tapi dia dengar macam ada benda jatuh… dia tengok, terus dia panggil saya.

Ketika disoal peguam, Nurul Rafiqah Afdul Mutolip yang mewakili bapa Zara Qairina pula, Linah berkata, kebiasaannya pelajar asrama mencuci pakaian sekitar jam 10 malam, iaitu selepas sesi ‘prep’ (kelas malam), sama ada bersama rakan atau sendirian.

Nurul Rafiqah: Sepanjang pengalaman puan, adakah biasa pelajar berjalan di pekarangan asrama sekitar jam 2 pagi?

Linah: Tidak. Kalau jam 2 pagi, jarang… tidur sudah.

Nurul Rafiqah: Pernahkah pelajar-pelajar mencuci pakaian pada jam 2 pagi?

Linah: Tidak pernah.

Nurul Rafiqah: Sebelum ini, puan pernah nampak pelajar senior itu mencuci pakaian sekitar jam 2 pagi?

Linah: Tidak pernah.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung pada Rabu depan.

BHonline-

Tags: Kes Zara Qairinapelajar senior
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

01/12/2025
0

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir menitiskan air matanya sebanyak dua kali ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd