• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Morgan Ortagus Dikecam Selepas Veto Gencatan Senjata Di Gaza

oleh Mohd Arshad
20/09/2025
dalam Terkini
0
Morgan Ortagus Dikecam Selepas Veto Gencatan Senjata Di Gaza
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Utusan khas Amerika Syarikat ke Asia Barat, Morgan Ortagus, berdepan kecaman hebat selepas menggunakan kuasa veto bagi menolak resolusi Majlis Keselamatan yang menuntut gencatan senjata segera di Gaza.

Resolusi yang disokong 14 daripada 15 anggota Majlis Keselamatan itu turut menggesa Israel menarik balik semua sekatan terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Namun, ia ditolak Amerika Syarikat selepas Ortagus berhujah bahawa draf berkenaan tidak mengutuk Hamas atau mengiktiraf “hak Israel untuk mempertahankan diri”.

Tindakan veto tersebut mencetuskan kemarahan global apabila imej tangan Ortagus yang diangkat di dewan undi menjadi tular dan mencetuskan gelombang bantahan di media sosial.

Di luar ibu pejabat PBB di New York, penunjuk perasaan turut melaungkan slogan “shame on you” ke arah beliau.

Dalam masa sama, Washington dilihat terus bertindak sebagai perisai diplomatik utama Israel walaupun semakin banyak pihak menuduh rejim Zionis melakukan jenayah genosid di Gaza.

Ortagus dijangka berkunjung ke Beirut hujung minggu ini untuk bertemu pemimpin kanan Lubnan serta menyertai mesyuarat Jawatankuasa Pemantau Gencatan Senjata di Naqoura.

Namun, khabar mengenai lawatan itu sudah mencetuskan kemarahan di Lubnan apabila aktivis tempatan menggelarnya sebagai “wajah genosid” serta menggesa kerajaan memboikot kunjungan berkenaan.

Situasi tegang itu berlaku ketika Israel memperhebatkan serangan udara di selatan Lubnan, dengan laporan menyebut sekurang-kurangnya lima bandar menjadi sasaran, mencederakan orang awam dan memaksa ratusan keluarga melarikan diri.

Misi pengaman PBB di Lubnan (UNIFIL) turut mengecam tindakan Israel yang disifatkan sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap Resolusi 1701, selain mengancam keselamatan orang awam, tentera Lubnan dan pasukan pengaman antarabangsa.

–Agensi

Tags: Gazagencatan senjataMorgan OrtagusVeto
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

Malaysia Kecam Israel Larang Operasi Organisasi Bantuan Kemanusiaan Di Gaza

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk melarang dan menggantung operasi sebilangan besar organisasi bantuan kemanusiaan antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd