• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

oleh Mohd Arshad
15/09/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini.

Kejadian jam 11.50 malam pada Khamis lalu apabila lelaki terbabit dipercayai tidak berpuas hati selepas ditegur oleh seorang pekerja restoran serta suami isteri yang turut berada di lokasi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang turut tular di media sosial itu pada jam 1.45 tengah hari keesokannya.

Menurutnya, pengadu yang juga seorang wanita hamil lapan bulan memaklumkan, ketika dia bersama suami berada di restoran berkenaan, terdapat seorang lelaki tempatan duduk di meja berhampiran sambil menghisap rokok.

“Siasatan mendapati pengadu yang sedang hamil kurang senang dengan perbuatan itu kerana bimbang mengganggu kesihatan dan kandungannya. Pada mulanya, pengadu dan suami meminta pekerja restoran untuk menegur suspek, namun tidak diendahkan.

“Suami pengadu turut menegur suspek sebanyak tiga kali, tapi masih tidak diendahkan. Pada teguran kali ketiga, suspek terus bangun dan menghampiri meja pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, wanita berkenaan mendakwa suspek menghembus asap rokok ke arahnya, menyebabkan mereka marah.

Beliau menambah, suami wanita itu cuba mempertahankan isterinya yang merakam insiden terbabit dengan alasan bimbang suaminya akan dicederakan dan rakaman itu boleh menjadi bukti.

“Pertengkaran berlaku dan suspek bertindak menepis tangan pengadu yang memegang telefon menyebabkannya terjatuh. Pertengkaran kemudiannya menjadi insiden tolak menolak dan suspek terus beredar meninggalkan restoran,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mendapati ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian.

“Siasatan ke atas rakaman itu menunjukkan pertengkaran dan insiden tolak menolak. Suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesan sedang dijalankan.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil iaitu kelakuan aib yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,” katanya.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat lanjut menghubungi Sarjan Rafiah Isa di talian 012-3770327.

BHonline-

Tags: bergaduhmarahmerokok
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Bergaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 5 Masih Dikesan, 7 Bebas Dengan Jaminan Polis

Bergaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 5 Masih Dikesan, 7 Bebas Dengan Jaminan Polis

10/08/2025
0

IPOH: Polis kini giat mengesan lima lagi suspek bagi melengkapkan siasatan dalam kejadian merusuh semasa perlawanan bola sepak yang berlangsung...

Bergaduh Kerana Nahas, 10 Lelaki Ditahan

Bergaduh Kerana Nahas, 10 Lelaki Ditahan

08/02/2025
0

JEMPOL: Kemalangan di Taman ACBE, Bahau di sini jam 10 malam tadi menjadi punca pergaduhan dua kumpulan sebelum 10 lelaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd